Social Media

Family Mart Hamburger Macaron


Assaalamualaikum dan hai semua,
Selepas berbuka, teman lelaki Dina ajak pusing dalam Village Grocer. Elok keluar sahaja dari Village Grocer, terjumpa Family Mart. Dina terus ajak dia masuk sebab nak cari makanan ringan. Pusing-pusing terjumpa Hamburger Macaron. Tinggal satu pula. Terus ambil sebab comel. Ya, benar. Dina ambil sebab comel. 

Apa yang buat Dina lagi tertarik ialah di atas Macaron itu sendiri mempunyai biji bijan. Bukan itu sahaja, kalau awak perasan dalam Macaron tersebut ada jeli berbentuk tomato dan keju. Unik betul! Dina memang tidak fikir panjang. Terus pegang. Risau orang ambil. Sampai si dia sering menghamburkan soalan yang sama,"betul you nak ambil yang itu? Tak nak tengok yang lain dulu." Tidak dinafikan, Dina suka berubah fikiran secara rawak. Tapi bila bab Macaron ni, Dina terus jadi yakin. 


Family Mart Hamburger Macaron adalah Macaron paling unik dan sedap yang Dina pernah rasa setakat ini. Walaupun Dina kurang suka tekstur jeli sebab keras, tapi kombinasi rasa diantara jeli, krim dan coklat di dalam Macaron terlalu sempurna. Terasa nak menangis masa makan tadi. Sedap betul! Tidak terlalu manis bagi Dina sehingga perlukan air kosong. Paling Dina suka, dalam Macaron Shell itu sendiri ada coklat cair. Masih terbayang rasa Macaron semalam.

(( Tahap kemanisan Dina, dua pam gula untuk secawan kopi Mcd )) 

Untuk satu Macaron bernilai RM6.90 (kalau tidak silap). Benar. Tidak murah. Tapi Dina sejenis kalau makanan sedap, terus tak berkira bab duit. Adakah Dina akan beli lagi Macaron ini? Ya!

 9.8 / 10

Dina tolak 0.2, sebab servis Family Mart bahagian Dina pergi tersebut teruk. 

Terima kasih x

1 comment

  1. tak pernah nampak pulak kat FM. mungkin sebab sedap ramai dah sambar dulu. tertarik juga ni kalau nampak, mesti nak beli jugak.

    ReplyDelete

Theme by STS