Social Media

The Art of Letting God


Assalamualaikum dan hai semua,
Dina baru sahaja selesai dengan peperiksaan dan kini Dina mempunyai lebih banyak masa untuk diri sendiri. Membaca menjadi salah satu cara untuk Dina mengisi waktu lapang. Alhamdulillah, Dina baru sahaja habis baca buku The Art of Letting God. Buku ini mempunyai banyak komen yang positif sehingga membuatkan Dina tertarik untuk membacanya juga. Penulis, Mizi Wahid,  mengeluarkan lagi dua siri buku iaitu Call Upon Him dan You Are Loved. Ada beberapa perkara yang disentuh oleh penulis di dalam The Art of Letting God, akan tetapi terlalu panjang untuk beliau menerangkan di dalam sebuah buku. Maka, beliau mengeluarkan dua lagi buku untuk menyentuh perkara tersebut dengan lebih terperinci. 

Sejujurnya, Dina jatuh hati dengan buku ini kerana banyak ilmu yang dikongsikan. Tidak terkejut apabila buku ini mendapat pengulasan yang sangat positif. Ada beberapa ayat yang menyentuh hati Dina, seperti:

"Your presence here on earth is attached strongly with a divine purpose. Even though you don't feel it or think it, perhaps you are meant to be a blessing to everyone you come into contact with."

"God always has perfect timing. He's never too early and has never been late."

"One of the many reasons we continue to get easily disappointed in life is because we allow our hearts to deviate by doing something noble with the wrong purpose and intention."

Begitu banyak untuk disenaraikan. Tapi, ini lah segelintir petikan yang diambil daripada buku The Art of Letting God. Buku ini banyak mengajar kita keindahan dan bagaimana untuk kita Tawakkal ataupun berserah kepada Allah SWT sepenuhnya. Kalau awak sedang mencari buku untuk membaca, Dina sarankan buku ini. Seronok. Dina beli buku ini di Shopee


The Art of Letting God



My rating: 5 of 5 stars




Terima kasih x

1 comment

  1. menarik tu Dina..boleh letak dalam bucket list tapi skrg tengah mood put off membaca sebab sibuk dgn blogging dan penulisan heee..InsyaAllah nanti boleh cari

    ReplyDelete

Theme by STS