Social Media

Solekan Seperti Orang Sakit


Assalamualaikum dan hai semua,
Tengah sibuk menggodek-godek album, terjumpa gambar lama ini di mana Dina pernah diberi peluang untuk menjadi jurusolek pada tahun 2019. Dina bukanlah seorang jurusolek yang profesional. Hanya seorang insan yang mempunyai minat dalam solekan. Seronok sebenarnya bermain dengan kosmetik. Wajah dijadikan kanvas dan biarkan jari-jemari menari untuk menghasilkan seni. Dina hanya menggunakan primer,  foundation dan juga bronzer daripada jenama Maybelline untuk dapatkan hasil seperti ini. Tidak susah pun sebenarnya. Apa yang perlu Dina buat ialah pakai foundation dan primer seperti biasa. Dina letak foundation pada bibir agar nampak pucat dan letakkan bronzer dibawah mata untuk nampak seperti penat. 

Teruja apabila orang percaya dan puji hasil seni yang kita buat. Maaf, Dina suka anggap solekan ini adalah sebahagian daripada seni juga. Memerlukan banyak praktis untuk menguasai kemahiran dalam solekan. Mungkin suatu hari nanti, Dina akan menjadi lebih mahir dalam solekan. Insyaallah. 


Dina rasa pengalaman dan kepercayaan yang Dina dapat itu sangat berharga sehinggakan Dina tidak mengambil sebarang bayaran dan segala alat yang digunakan adalah hak milik Dina. Hati ini melonjak gembira apabila pertama kali mendapat tawaran sedemikian. Tidak sangka Dina dapat merasa pengalaman menjadi jurusolek untuk sebuah filem pendek. Dina cuba untuk gagahkan diri walaupun ketika itu perasaan cemas menguasai diri. Khuatir diri ini bakal merosakkan perancangan yang telah dilakukan oleh kru filem pendek tersebut. 

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Mereka juga suka dengan hasil kerja Dina selama 3 hari berturut-turut. Perasaan Dina ketika itu memang tidak terungkap sepanjang pengembaraan dijalankan. 

Terima kasih x

Post a comment

Theme by STS