Assalamualaikum dan hai semua,
Tidak tahu kenapa sejak kebelakangan ini, Dina mempunyai obsesi terhadap Rubik's Cube. Sejak dulu lagi Dina cuba untuk selesaikan algoritma Rubik's Cube ini, tapi hanya sebelah sahaja yang berjaya. Beberapa hari lepas, Dina membuat keputusan untuk mencuba sekali lagi dan kali ini tidak mahu berhenti sehingga berjaya menyelesaikannya. Untuk selesaikan, Dina mengambil masa 3 hari dan boleh tahan stres juga.
Ada beberapa langkah untuk siapkan Rubik's Cube. Paling menyakitkan hati apabila tersilap satu langkah. Habis semua kena buat daripada mula balik. Banyak kali juga, Dina termenung sebab kena mula balik semula. Tapi, putus asa tiada dalam kamus Dina. Maka, Dina mula balik daripada awal. Dina rasa hampir 10 kali, Dina mula semula sebelum dapat sempurnakan Rubik's Cube ini. Beberapa kali juga hendak putus asa selesaikannya.
Kepuasan selepas berjaya sempurnakan Rubik's Cube memang tidak terhingga. Bayangkan, kita memang cuba sesuatu perkara dan ianya membuahkan hasil. Ya Allah. Puas betul rasa hati ini. Tidak dinafikan, minat Dina pada permainan teka-teki seperti ini sangat mendalam. Mungkin Dina akan cuba beli lebih banyak jenis Rubik's Cube. Insyaallah.
Terima kasih x
hai sy rabia. done follow blog akak
ReplyDeletedulu mmg suka main dgn rubik cube ni tapi x pernah success tu buat geram...so letak tepi dulu..kot nanti bila ada masa nak cuba lagi heee
ReplyDelete