Social Media

Nescafe Cup Caramel Macchiato


Assalamualaikum dan hai semua,
Dina terjumpa Nescafe Cup Caramel Macchiato ini di Village Grocer. Selalu ternampak Nescafe Cup Caramel Macchiato di papan iklan tapi belum pernah jumpa di mana-mana kedai serbaneka. Sudah alang-alang terjumpa, maka Dina terus beli untuk mencubanya. Mempunyai bungkusan yang comel kerana dalam bentuk cawan. Berita paling baik ialah Dina tidak perlu bancuh. Dina sejenis kalau nak bancuh kopi memang kena ikut kerajinan. Kalau datang malas, memang Dina beli sahaja kopi siap. Mudah. 

Dina suka konsep cawan Nescafe ini dan Dina berharap Nescafe akan keluarkan cawan yang bersaiz besar juga. Cawan bersaiz 250 ml, sebenarnya tidak cukup untuk penggemar kopi seperti Dina. Lagi-lagi kalau rasa kopi itu sendiri memang sedap! Ya, benar. Rasa Nescafe Cup Caramel Macchiato sedap dan kurang manis. 



Sekiranya awak suka kopi awak rasa manis, mungkin ini bukan pilihan yang baik untuk awak. Rasa berkrim dan manis cukup sempurna bagi Dina. Tidak pasti berapa ringgit untuk secawan. Dina main ambil sahaja dengan barang lain ketika itu. Tapi, buat siapa yang malas nak cari. Boleh sahaja dapatkan di Shopee. Awak tekan sahaja mana-mana gambar di entri ini. Dina sudah sediakan link untuk memudahkan kerja awak. 

Bagi Dina, buat sesiapa yang tidak menyukai rasa kopi pun boleh minum Nescafe Cup Caramel Macchiato. Kopi dan kafein di dalamnnya tidak terlalu kuat. Dina nak borong lah Nescafe Cup Caramel Macchiato selepas ini!

Terima kasih x
 

1 comment

  1. Walaupun tak pernah rasa lagi saya pun yakin Nescafe Caramel Macchiato ni sedap :)

    ReplyDelete

Theme by STS