Assalamualaikum dan hai semua,
Tergerak hati untuk buka almari yang keluarga Dina simpan semua DVD zaman Dina kecil dahulu dan terjumpa CD Mamma Mia yang Dina beli pada tahun 2008. Budak zaman sekarang tidak merasa DVD dan CD kerana kini kita boleh menonton di mana-mana laman sesawang. Teringat dulu, kena lap sebab risau cap jari yang buatkan cerita jadi sangkut. CD ada dua bahagian. Habis satu CD kena tukar CD bahagian dua pula. Kalau nak tunggu filem keluar di kaca TV, mengambil masa yang lama. Dengan beli CD mahupun DVD lah menjadi jalan yang terbaik untuk menonton filem yang diminati tanpa perlu menunggu.
Salah satu filem yang digemari oleh Dina ialah Mamma Mia: The Movie. Tidak pernah bosan menontonnya sehinggakan Dina sudah hafal kebanyakan lagu yang ada di dalam filem tersebut. Filem ini bergenrekan muzikal. Ke semua lagu yang ada di dalam filem ini ialah lagu nyanyian ABBA. Gelagat watak yang dibawa oleh Meryl Streep membuatkan Dina tidak kering gusi tertawa.
Cerita ini mengisahkan seorang anak gadis kepada Donna yang ingin tahu siapa bapa kandungnya selepas terjumpa sebuah diari lama milik Donna. Donna meniduri tiga lelaki yang berbeza sehinggakan tidak tahu siapa bapa sebenar pada kandungannya. Sophie (anak gadis Donna) dibesarkan tanpa seorang bapa dan beliau menjemput ketiga-tiga lelaki tadi ke majlis perkahwinannya tanpa pengetahuan Donna. Konflik berlaku apabila mereka bertiga mahu menjadi bapa Sophie.
Dina sangat teruja apabila mengetahui cerita ini ada dalam Netflix. Kebiasaannya Dina tidak boleh tengok satu cerita berulang kali, tapi Mamma Mia berbeza kerana Dina mampu menonton sebanyak yang Dina mahukan. Filem ini mempunyai sambungan iaitu Mamma Mia! Here We Go Again. Kalau pendapat Dina, Mamma Mia: The Movie lebih menarik daripada yang kedua. Tapi citarasa masing-masingkan?
🍿
5 / 5
Terima kasih x
tulah...dengan adanya netflix, boleh repeat cerita cerita lama
ReplyDelete