Social Media

Makeover : Study Table pt. 4


Assalamualaikum dan hai semua,
Hari ini Dina nak kongsikan beberapa barang yang Dina beli dari Shopee dan IKEA untuk hias meja belajar Dina dengan harga yang mampu milik. Seperti yang awak lihat, Dina suka warna putih walaupun Dina sendiri sedar susah nak jaga. Tapi warna putih buat Dina rasa tenang. Dina juga tidak nafikan bahawa Dina sedang obses untuk duduk di meja belajar Dina sekarang. Bayangkan sekiranya meja ini sepenuhnya siap. Masyaallah. Tidak sabar rasanya. 

Dibawah, Dina kongsikan gambar meja belajar Dina sebelum ini. Disebabkan ruang meja Dina terhad, buku-buku tersebut sahaja telah makan banyak ruang. Dina beli IKEA LENNART sebagai solusi masalah ini. Dina ada tulis mengenai IKEA LENNART di entri yang lepas. 




Dina sejenis yang tidak kisah untuk keluarkan duit lebih sedikit, asalkan barang yang Dina dapat itu mampu tahan lama. Sebab itu, ada beberapa barang yang Dina lebih gemar membelinya di IKEA berbanding Shopee. Tapi ikut kemampuan dan pilihan masing-masing. Dina akan kongsikan barang-barang yang Dina beli. Mungkin ada yang awak berkenan, awak juga boleh beli. 


            1. KLOCKIS
                

Dina beli Klockis ini di IKEA. Sangat berguna untuk belajar mahupun memasak. Klockis ini mempunyai empat fungsi yang berbeza iaitu pemasa, suhu, jam loceng dan juga jam digital. Unik bukan? Dina cuma bayar RM19.90 (tidak termasuk bateri) untuk satu Klockis. Dina tidak pasti berapa jenis pilihan warna yang ada kerana Dina memang nak warna putih agar kena pada tema. 

            2. PLUGGIS


Dina beli Pluggis lebih kurang 2 tahun lepas. Sepatutnya satu harga dapat dua. Tapi lagi satu, Dina bagi adik Dina. Sebab Dina perlukan satu sahaja. Dina beli RM39.90 untuk dua Pluggis di IKEA. Saiz dia tidak terlalu besar dan muat untuk susun buku tulis Muji milik Dina. Mempunyai satu tabiat di mana Dina suka menitikberatkan tentang kualiti sesuatu barang sebelum membelinya. Dina memilih Pluggis ini kerana ianya diperbuat daripada plastik dan bukannya kadbod. 

                3.  KALENDER BERSAIZ KECIL


Kalender ini Dina beli melalui Shopee. Tidak tahu kenapa, Dina rasa kalender ini penyeri meja Dina. Untuk satu kalender ini hanya RM 3.56 (tidak termasuk kos penghantaran). Dina pilih warna putih agar kena dengan tema pilihan Dina. Jangan risau, ada banyak lagi pilihan warna yang ada. Mungkin ada warna kegemaran awak?

                4. BEKAS PEMEGANG PEN


Ini pun Dina beli di Shopee dengan harga RM2.90 satu (tidak termasuk kos penghantaran). Pada mulanya, terfikir untuk ambil warna putih juga dan bukannya lutsinar. Selepas beberapa hari fikir, Dina membuat keputusan untuk membeli lutsinar kerana nampak lebih mahal walaupun sebenarnya murah. Kualiti memang sudah pasti akan tahan lama kerana plastik.  Ruang Dina pun jimat kerana saiznya yang tidak begitu besar. 

                5. BEKAS WASHI TAPE


Ikutkan Dina, tidak letak sebarang niat hendak membeli bekas untuk washi tape kerana Dina khuatir bekas ini mampu makan ruang meja Dina. Selepas diteliti, Dina berakhir dengan membelinya kerana meja Dina masih mempunyai ruang. Untuk bekas washi tape ini, Dina beli dari Daiso dengan harga RM5.90. Disebabkan Dina tidak mempunyai banyak washi tape, Dina hanya membeli satu bekas sahaja. 


Itu sahaja perhiasan yang ada di atas meja Dina buat masa ini. Mungkin Dina akan tambah di kemudian hari? Sekiranya Dina mempunyai niat untuk menambah perhiasan di atas meja, akan Dina kongsikan pada awak. Jangan risau. Dina harap entri kali ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk buat sesiapa yang sedang mencari inspirasi untuk hias meja? Insyaallah. Seperti biasa, awak boleh klik gambar jika ada yang awak berminat nak beli.

Terima kasih x

1 comment

  1. wahh bersih tema putihh...best lh ad meja belajar,Cuya takde..duk kt meja ruang tamu je..hahahah

    ReplyDelete

Theme by STS