Dina baru sahaja selesai menonton I Care A Lot di Netflix. Sekian lama simpan di dalam senarai yang ingin di tonton, tapi baru sekarang Dina mempunyai kelapangan. Filem ini mengisahkan tentang Marla Grayson yang mempunyai kerjaya di mana beliau akan diberi hak penjagaan ke atas warga emas daripada pihak mahkamah. Walaupun begitu, Marla Grayson menyalahgunakan kuasa yang diberi pada beliau dengan memasukkan semua warga emas di bawah jagaannya ke dalam pusat dan beliau mengambil segala harta mereka.
Nak dijadikan cerita, Marla Grayson tersilap langkah dan diganggu oleh Mafia Rusia. Pelbagai kekacauan yang berlaku kerana salah Marla Grayson sendiri. Jalan cerita ini sangat menarik. Tapi... Ya, benar. Ada tapi. Filem ini banyak adegan yang tidak masuk akal seperti Marla Grayson mampu mengalahkan Mafia Rusia. Dina tidak nafikan adegan akhir juga sangat merepek.
🍿
2.5 / 5
Terima kasih x
Post a Comment