Social Media

Hazelnut Latte by The Coffee Bean & Tea Leaf



Assalamualaikum dan hai semua,
Nama The Coffee Bean & Tea Leaf tidak lagi asing di negara Malaysia. Kalau awak suka Starbucks, awak pasti akan suka kopi dari The Coffee Bean & Tea Leaf. Untuk pengetahuan awak, Dina memang suka beli di The Coffee Bean & Tea Leaf walaupun Dina tidak pernah tulis tentang dia. Bagi pendapat Dina, kopi di sini harganya lebih murah berbanding Starbucks dan lebih kurang sedap. 

Kopi kegemaran Dina ialah Hazelnut Latte. Sama sahaja kopi yang Dina pilih sekiranya pergi ke Starbucks. Jika hendak dibandingkan dari segi rasa, Dina lebih suka Hazelnut Latte dari The Coffee Bean & Tea Leaf. Ini kerana rasa kacang hazel itu lebih mirip dengan rasa kacang sebenar. Starbucks juga ada Hazelnut Latte, tapi Dina kurang gemar rasa kacang hazel di dalam kopi Starbucks kerana terasa gula dan bukannya kacang. Mungkin sebab Starbucks menggunakan sirap gula berperisa kacang hazel. 


Dina suka ubahsuai minuman Dina. Kebiasaannya, Dina akan memesan Hazelnut Latte dan susunya ditukar kepada Almond Milk ditambah pula dengan satu shot Espresso. Ya benar. Dina mempunyai obsesi dengan kafein. Hampir setiap hari Dina akan ambil kafein tidak kira melalui kopi mahupun teh. Dina akan tukar kepada susu kacang badam kerana setiap kali Dina mengambil susu segar, Dina berakhir dengan acid reflux. Dalam kopi ini memang sudah mengandungi satu shot Espresso. Sekiranya awak baru hendak mencuba, Dina sarankan awak jangan tambah satu lagi shot Espresso. Risau badan awak tidak mampu tanggung kuantiti kafein yang tinggi. 

Selalunya kalau Dina malas, Dina memang membuat pesanan melalui Grab Food sahaja kerana lebih mudah. Untuk secawan bersaiz sederhana, harganya ialah RM17.80 (termasuk kos penghantaran). 

Terima kasih x

1 comment

Theme by STS