Terkejut Dina bila tajuk ini mendapat sambutan yang agak tinggi. Niat buat tajuk ini hanya untuk suka-suka sahaja. Tidak sangka ramai yang baca. Terima kasih. Untuk bahagian tiga ini pula, Dina akan tunjukkan pada awak apa yang Dina beli dari IKEA. Dina suka produk IKEA kerana kualiti setiap produk tersebut. Dina sejenis yang sanggup bayar mahal tapi produk itu tahan lama.
Dina mempunyai tabiat suka senaraikan barang apa yang diperlukan dan beli sikit-sikit mengikut kemampuan dahulu. Apabila mempunyai duit, baru beli yang selebihnya. Untuk minggu ini, Dina beli LENNART dari IKEA. Dina ada banyak buku yang tersusun atas meja dan tidak dinafikan ianya merimaskan. Maka, LENNART dijadikan sebagai penyelesai masalah Dina.
IKEA tengah buat promosi untuk satu LENNART hanya RM49.90. Dina tidak berfikir panjang, terus beli. Risau kehabisan stok. Awak kalau berminat nak beli juga boleh klik sahaja gambar di bawah. Dina memang beli atas talian sahaja sebab senang. Untuk pengetahuan awak, meja belajar Dina kecil kerana ruang bilik yang sempit. Oleh disebabkan itu, Dina terfikir untuk meletakkan LENNART dibawah meja. Jimat ruang. Sebelum beli, Dina ukur terlebih dahulu untuk pastikan muat.
Dina tidak bayar upah pasang kerana Dina suka ingatkan diri Dina untuk jadi berdikari. Maka, Dina pasang LENNART itu sendiri. Tapi kalau awak malas, IKEA ada menawarkan servis pemasangan. Terasa seronok pula buat ubahsuai meja belajar ini. Cuma memerlukan banyak tenaga dan masa. Secara tidak langsung juga Dina mampu mengasah kreativiti Dina dan cuba berbelanja dengan bijak.
Seperti yang awak lihat, Dina masukkan semua buku ke dalam LENNART tadi. Kini meja Dina nampak lebih kemas dan Dina boleh mula beli barang hiasan! Tunggu entri seterusnya!
Terima kasih x
Post a Comment