Hari ini Dina akan kongsikan rahsia Dina kekal wangi sepanjang hari. Jawapannya ialah Bath & Body Works 24 Hour Moisture Ultra Shea Body Cream. Dina suka bila badan Dina sentiasa wangi. Sebab itu Dina sangat menitik beratkan mengenai setiap wangian yang Dina guna. Bukan itu sahaja, Dina juga akan pastikan bau Dina tidak terlalu wangi sehingga mampu dihidu oleh orang yang duduk beribu batu. Cukup hanya mampu dihidu oleh orang yang datang hampir dengan Dina.
Kebiasaannya, Dina akan pakai krim badan apabila melibatkan aktiviti yang memerlukan Dina jumpa ramai orang. Pada waktu lain, Dina memang hanya menggunakan losyen badan. Ini kerana, wangian pada krim badan jauh lebih kuat berbanding losyen. Bau krim badan juga tahan lebih lama dan lebih wangi sekiranya diguna bersama minyak wangi.
Hampir 4 tahun Dina menggunakan krim badan dari Bath & Body Works. Setakat ini tidak pernah mengecewakan. Untuk pengetahuan awak, bahagian kulit badan Dina lebih kering berbanding wajah. Maka, Dina akan pilih produk yang mempunyai bahan utamanya adalah Shea Butter. Kebaikan Shea Butter sebenarnya banyak dan salah satunya, mampu melembabkan kulit yang kering. Apa yang Dina perasan, ramai orang tidak suka bau Shea Butter. Shea Butter bau seperti luak bayi. Tapi, Bath & Body Works campur dengan wangian. Maka, bau Shea Butter pada produk mereka tidak terlalu kuat.
Bukan itu sahaja, Bath & Body Works juga sentiasa ada koleksi khas untuk bahan Shea Butter. Akan tetapi, mempunyai pelbagai pilihan bau-bauan yang berbeza. Seperti yang awak lihat, Dina ada dua pilihan wangian. Kedua-duanya Dina suka. Tekstur krim badan ini lebih tebal jika nak dibandingkan dengan losyen. Kebanyakan orang lebih suka losyen berbanding krim badan. Ikut minat masing-masing.
Seronok pula rasa bila dapat kongsi produk yang Dina suka. Mungkin Dina kena buat entri seperti ini lebih banyak.
Terima kasih x
Mama Yan suka juga barang Bath & Body works ni...wangi sangat sangat
ReplyDeletetak pernah try barang daripada brand ni..tapi biasa dengar gak
ReplyDelete