Assalamualaikum dan hai semua,
Sudah lama Dina teringin nak cuba Bask Bear Coffee. Alhamdulillah, dapat juga rezeki untuk merasa hari ini. Terliur tengok semua menu air kopi yang ada. Sejak kebelakangan ini, Dina memang terlalu obses dengan kopi kerana sibuk mengejar tarikh akhir untuk menyiapkan segala tugasan. Kopi sangat membantu untuk Dina kekal fokus.
Dina beli Bask Bear Coconut Macchiato bersama tambahan espresso. Memandangkan perut Dina tidak boleh menerima susu lembu, maka, Dina pilih santan sebagai ganti. Tipu kalau Dina tidak teragak-agak untuk menukar. Santan dan kopi? Kena ke santan dengan kopi? Itu persoalan yang bermain di minda sebelum Dina membuat keputusan. Tapi belum cuba, belum tahu. Untuk bahagian rasa, Dina tidak pasti bagaimana hendak Dina terangkan. Tegukan pertama mempunyai rasa yang agak pelik. Seperti masam. Tapi selepas teguk beberapa kali, Dina jadi semakin terbiasa dengan rasa tersebut.
Sejujurnya, Dina terkejut apabila cawan kopi ini rupanya bersaiz kecil. Agak mahal bagi Dina kerana RM12.70 untuk cawan bersaiz kecil. Kalau Dunkin Donuts Dina sudah boleh dapat cawan bersaiz besar. Bertambah kecewa selepas Dina tidak diberi pilihan untuk menaik taraf saiz cawan. Ada beberapa kopi sahaja yang mempunyai pilihan saiz. Mungkin kalau saiz cawan besar mereka sama dengan grande ataupun saiz sederhana cawan Starbucks?
Adakah kopi Bask Bear ini menjadi pilihan Dina? Jawapannya, tidak. Bagi Dina harganya mahal dan rasa kopi dia tak sedap seperti kebanyakan jenama lain yang Dina pernah cuba. Kalau Dina nak bagi penilaian, dalam 0.5/10? Sebab Dina rasa sangat tidak berbaloi.
Apa kopi kegemaran awak?
Terima kasih x
Pelik jugak, sebab kalau ikut advertisement dekat social media, kebanyakan cakap Bask Bear Coffee ni murah :') Kita baru nak cuba, tapi takpernah ada kesempatan sebab Grab selalu tak available.
ReplyDeleteCuya papepon suka dengan nescafe...
ReplyDeletetapi asalkan nama kopi, sebenarnya Cuya minum je semua! hehehhe