Assalamualaikum dan hai semua,
Dina dan kopi memang berpisah tiada. Dina sendiri tidak tahu bagaimana Dina boleh jatuh hati pada kopi. Kuantiti kopi yang Dina minum rasanya lebih banyak berbanding dengan minuman yang lain. Baru-baru ini, Dina ternampak iklan Zus Coffee di Instagram. Zus Coffee memperkenalkan satu aplikasi dimana kita boleh memesan kopi dari Zus Coffee dengan hanya menggunakan aplikasi tersebut. Menarik! Dina memang sudah lama menunggu Starbucks untuk membuat aplikasi begini kerana memudahkan manusia yang seperti Dina. Tapi Dina juga masih berpijak di bumi yang nyata kerana Dina sedar bahawa Starbucks tidak akan buat sebarang aplikasi seperti itu dalam masa terdekat.
Dina begitu teruja selepas menemui aplikasi Zus Coffee. Tanpa berfikir panjang, Dina terus membuat pesanan pada hari yang sama. Pesanan pertama yang Dina buat ialah Iced Roasted Hazelnut Latte bersama tambahan Espresso. Jumlah yang Dina bayar ialah RM16.60 (termasuk kos penghantaran). Dina tidak mampu nak komen tentang rasa dia sebab Dina beli ketika demam. Tapi Dina suka bila rasa Hazelnut itu sendiri kuat. Mungkin Dina patut cubanya sekali lagi.
Benar. Dina membuat pesanan Zus Coffee sekali lagi, cuma kali ini bersama Syasya. Dina membuat keputusan untuk mencuba Zus Gula Melaka, manakala Syasya cuba Thunder. Kedua-dua kopi ini ialah Signature dari Zus Coffee. Dina suka kopi Zus Gula Melaka tapi sekiranya diberi pilihan, Dina akan memilih Iced Roasted Hazelnut Latte. Dina juga rasa yang Syasya beli, iaitu Thunder. Mempunyai perisa yang unik kerana air bergas dicampurkan bersama kopi dan juga limau. Bagi Dina rasa dia bukannya tidak sedap langsung kerana masih mampu diminum. Tapi Dina yakin Thunder ini tidak boleh diterima oleh kebanyakan tekak.
Rasanya selepas ini lebih mudah untuk Dina beli kopi. Hanya menggunakan aplikasi Zus Coffee, Dina mampu nikmati kopi yang setanding Starbucks.
Terima kasih x
Kita cuba Caramel Machiatto dia, sedap! Kawan dah bagi amaran jangan cuba yang ZUS Gula Melaka tu sebab rasa dia pelik :') Thunder pun kita dah try, weirdly - aftertaste dia rasa mcm minum kicap lol
ReplyDelete