Assalamualaikum dan hai semua,
Pilihan susu kacang badam pada entri kali ini ialah Farm Fresh Almond Milk. Tertarik untuk mencuba selepas mengetahui Farm Fresh juga mengeluarkan Almond Milk. Masih terasa lucu kerana tajuk ini seolah-olah bakal jadi bersiri.
Dina sekeluarga memang peminat Farm Fresh sejak sebelum popular lagi. Rasa susu Farm Fresh memang tidak sama dengan kebanyakan susu segar yang Dina pernah cuba. Keluarga Dina memang suka beli satu botol susu coklat, susu kurma dan satu botol susu segar bersaiz 2 liter. Hello Farm Fresh, sponsor me please.
((okay kidding))
Dina beli dua kotak susu kacang badam jenama Farm Fresh dan saiznya berbeza. Dina buka yang 1 liter dahulu. Seperti biasa, Dina suka minum susu kacang badam bersama kopi. Pilihan kopi Dina pada entri kali ini ialah Dolce Gusto Grande Intenso. Kekecewaan hadir apabila rasa susu kacang badam Farm Fresh terasa seperti susu kacang badam yang Dina cuba buat kali pertama sebelum ini. Mengambil masa beberapa hari juga untuk Dina habiskan sekotak.
Disebabkan oleh perasaan tidak puas hati mencanak, Dina cabar diri Dina untuk cuba sekali lagi. Akan tetapi kali ini kotak bersaiz kecil susu kacang badam Farm Fresh. Alangkah terkejutnya apabila rasa susu kacang badam itu sebenarnya sedap dan terasa berkrim. Dina berakhir dengan borong susu kacang badam berkotak kecil daripada @NadiahZul. Sedap! Dina memang cadangkan awak untuk beli yang kotak kecil sebab lebih sedap.
Adakah Dina akan beli lagi? Sudah semestinya! Dina baru sahaja borong satu karton dari @NadiahZul lagi! Dina tidak akan beli kotak besar. Mungkin Dina akan kekal borong kotak kecil. Sesiapa yang nak cuba ataupun tengah cari agen untuk beli susu Farm Fresh boleh tekan gambar di bawah.
Terima kasih x
Belum pernah cuba susu kacang badam tapi suka makan kacang badam ni. sedapp heheh btw , jika sudi. boleh join dan support segmen saya di https://ingintahu31.blogspot.com/2021/01/segment-bloglist-2021-ingintahu.html
ReplyDelete