Social Media

Makeover : Study Table pt. 2

Assalamualaikum dan hai semua,
Baru ada kerajinan untuk menulis semula. Tidak tahu kenapa kebelakangan ini, Dina mula rasa malas untuk menulis sedangkan banyak sahaja idea yang mencurah. Beberapa hari yang lepas, meja belajar Dina semakin hitam dan Dina membuat keputusan untuk cat kembali. Dina sudah lama beli cat dari IKEA ini, cuma belum tergerak untuk menggunakannya. 

Dina menggunakan IKEA Behandla. Dina memang beli secara rawak tanpa membaca sebarang review mengenai cat ini. Dina tertarik kerana cat ini mampu dilarut dengan hanya menggunakan air kosong. Dina tidak memerlukan sebarang turpentine mahupun thinner. Kelemahan IKEA Behandla ialah awak perlu kocak setiap kali awak ingin guna. 


Pendapat Dina tentang cat IKEA Behandla ini tidak begitu tebal seperti kebanyakan cat diluar sana. Dina dan Syasya perlu mengecat beberapa lapisan untuk menutup segala hitam diatas meja. Bukan itu sahaja, cat ini juga tidak boleh dibuat di ruang yang lembab. Dina menunggu lebih daripada 24 jam untuk cat tersebut kering. Malangnya, tidak juga kering sehingga Dina perlu meletak bedak untuk mempercepatkan proses. 

Dina kurang berpuas hati dengan hasil cat IKEA Behandla ini. Dina dapat rasa, Dina bakal cat lagi sekali. Bukan itu sahaja, Dina juga tidak suka apabila cat IKEA Behandla ini lebih mudah lekat warna hitam yang disebabkan habuk. Geram betul. Dina memang tidak sarankan awak untuk membazir duit dan membelinya. Dina tidak nafikan bahawa Dina masih kagum betapa mudah untuk membersihkan cat ini apabila terkena pada lantai.

Dina akan tulis apakah solusi Dina berkenaan masalah ini pada masa akan datang. 

Terima kasih x

3 comments

  1. owh belum berapa menjadi ye projek diy dina.. ermmm kena tukar cat balik lah ye.. in shaa allah mesti akan jadi juga nanti makeover dina :)

    ReplyDelete
  2. It's unfortunate that the product didn't work for you. Plus used a lot of your precious time. Hope you'll find a better alternative soon!!!

    ReplyDelete
  3. ASsalamualaikum Dina.. oh.. saya pun baru tahu pasal cat ikea ni. apa pun terima kasih atas perkongsian ni. itupun, kreatif juga dina fikir jalan penyelesaiannya. Good luck Dina. Happy blogging Dina.

    ReplyDelete

Theme by STS