Social Media

iUNIK Tea Tree Relief Serum


Assalamualaikum dan hai semua,
Siapa yang tengok Hyram di Youtube pasti mengenali produk ini. Beliau tidak berhenti sebut tentang produk ini sehinggakan Dina sendiri ingin mencuba. Buat siapa yang tidak tahu, iUNIK adalah jenama dari negara Korea. Dina memang peminat Korean Skincare lebih daripada produk negara lain kerana Korea meletakkan banyak bahan yang bagus untuk produk penjagaan kulit mereka.

Dina pun masih belum bekerja, maka memilih produk yang bagus dalam pada masa yang sama harga mampu milik adalah menjadi keutamaan Dina buat masa kini. Belum mampu untuk membeli Tatcha. Mempunyai satu sikap yang suka tengok pendapat orang lain berkenaan produk penjagaan kulit ini kadangkala toksik juga kerana buat kita rasa nak membeli. Itu yang terbeli produk iUNIK Tea Tree Relief Serum. Tergoda selepas melihat Hyram memuji tentang bahan dan efek selepas menggunakannya. 

Ini pendapat Dina pula berkenaan iUNIK Tea Tree Relief Serum. Untuk pengetahuan awak semua, Dina sudah menggunakannya selama sebulan. Sepanjang seminggu Dina guna memang tiada sebarang perubahan pada kulit wajah Dina. Mengawal minyak di muka sahaja yang berkesan secara pantas. Membuatkan kulit Dina lebih cerah dan menghilangkan kemerahan di pipi memang mengambil masa yang agak lama. Cukup sahaja sebulan, kulit Dina mula menunjukkan perubahan. Segala hyperpigmentation mula hilang. Kulit tidak lagi kusam. Perlukan kesabaran sepanjang menggunakan produk ini. 

Selain itu, Dina juga suka penyerapan yang pantas. Masa letak di kulit muka, terus serap. Tidak berminyak dan terasa tidak pakai sebarang serum pun. Dina kurang suka serum sebab kebiasaannya kulit Dina akan berakhir dengan berminyak. Selepas Hyram kata, produk iUNIK Tea Tree Relief Serum ini bagus untuk orang yang mempunyai kulit berminyak membuatkan Dina lebih tertarik. Sebagai seseorang yang mempunyai kulit kombinasi, Dina luluskan. 

Adakah Dina akan beli lagi selepas ini? Ya. Di dalam serum ini mempunyai bahan yang Dina perlukan iaitu Niacinamide. Boleh beli di Hermo dengan harga RM 58

Terima kasih x


Post a Comment

Theme by STS