Sejak dibenarkan untuk rentas negeri, ramai yang Dina lihat mula melancong di dalam negara dan kami sekeluarga juga tidak terkecuali. Kami membuat keputusan untuk pulang ke Kedah dan singgah di Pulau Pinang. Mungkin Dina akan menulis satu entri khas mengenai Pulau Pinang. Hari ini, Dina ingin fokus kepada kafe yang Dina sempat melawat iaitu Ice Cafe.
Ice Cafe mempunyai dekorasi yang sangat unik dan menarik. Dina tahu tentang Ice Cafe daripada instastory beberapa kenalan dan sepupu Dina yang memberi cadangan. Tertarik dengan keunikan tema kedai itu sendiri. Very Insta worthy. Dina juga kagum dengan servis yang diberikan oleh Ice Cafe ini. Boleh dikatakan profesional dan mesra pelanggan.
Sayangnya, Dina ada dua perkara yang cukup kuat untuk Dina tidak mahu datang ke kafe ini kembali. Pertama sekali ialah mempunyai pilihan menu yang sangat terhad dan agak mahal. Dengan buah-buahan senipis itu dan ais krim yang tidak seberapa. Bagi Dina agak mahal. Mempunyai jangkaan yang tinggi terhadap jumlah buah yang diberi.
Seterusnya, kesemua air mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi. Manis. Dina yang suka minuman manis pun tidak mampu telan. Dina berakhir dengan mencari air kosong kerana terlalu manis. Mungkin Ice Cafe boleh memperbaiki isu ini dari masa ke semasa. Disebabkan oleh dua perkara ini, Dina tidak rasa mahu kembali ke kafe tersebut. Tapi kalau dari segi dekorasi dan layanan, memang bagus. Kalau awak rasa nak pergi, Dina sarankan untuk minta air kurang manis kerana Dina tidak mahu awak semua berakhir dengan kencing manis. I do love all my readers so much! Tolong jaga kesihatan awak.
★ 3.2 / 10
Terima kasih x
wah syioknya menu-menu sejukd i Ice Cafe ni DIna :)
ReplyDelete