Assalamualaikum dan hai semua,
Terasa macam lama tidak menonton filem di Netflix. Betul sibuk ya, Dina. Buat siapa yang tidak mengenali, Dina sebenarnya penggemar filem klasik. Filem Grease pernah menjadi filem yang terkenal di suatu ketika dahulu. Tergerak hati untuk menonton filem Grease kerana mempunyai genre yang sama seperti Mamma Mia dan Dina begitu taasub dengan cerita tersebut!
Bila menonton cerita muzikal, lazimnya kita secara tidak sengaja jatuh hati dengan lagu-lagu dari filem itu. Ada beberapa lagu yang Dina suka daripada filem Grease ini. Dina akan letak lagu-lagu itu di bawah supaya awak juga boleh dengar. Pada tahun 70-an, kemungkinan cerita Grease adalah diantara filem yang romantis tapi bukan zaman sekarang ya.
I'm sorry. Cringe.
Dina rasa lebih 50 kali Dina istighfar ya. Adegan sedih pun Dina boleh tergelak. Sekurang-kurangnya, stress mampu hilang buat seketika. Apa yang Dina suka daripada filem ini ialah fesyen pada zaman 70-an. Bukan itu sahaja, Olivia mempunyai suara yang merdu dan juga cantik rupa paras membuatkan Dina terpegun. Bila tengok filem klasik seperti ini, kita perlu mempunyai jangkaan yang tinggi bahawa bakal ada banyak adegan yang sangat cringe pada zaman kini. Dina tidak mahu komen sangat tentang filem Grease kerana ini filem klasik dan Dina tidak sepatutnya membandingkan dengan zaman kini.
🍿
4 / 5
Terima kasih x
Post a Comment