Social Media

Farm Fresh Cafe Latte (Double Espresso)


Assalamualaikum dan hai semua,
Dina sudah mula kembali sibuk dan tiada masa untuk tulis blog. Maaf. Dina akan cuba bahagikan masa untuk awak semua ya. Seperti biasa, Dina perlukan kopi sebagai peneman sepanjang Dina buat kerja. Maka, kopi pilihan pada hari ini ialah Farm Fresh Cafe Latte (Double Espresso). Dina tertarik kerana Double Espresso dan Dina memang sangat memerlukan kafein yang banyak agar tidak tertidur. 

Untuk pengetahuan awak, tidak semua orang mempunyai badan yang mampu menerima kafein dalam kuantiti yang banyak. Sekiranya awak tergolong dalam golongan tersebut, Dina tidak sarankan awak untuk mencuba. Dina juga tidak pasti sama ada Farm Fresh ada mengeluarkan Cafe Latte yang mempunyai satu shot Espresso ke tidak. 

Dina suka rasa Cafe Latte ini kerana tidak manis dan sedikit pahit. Buat sesiapa yang tidak suka pahit, maaf ini bukan untuk awak juga. Dina lebih suka yang bersaiz 200 ml kerana mudah dibawa dan lambat rosak berbanding yang bersaiz besar. Kebanyakan susu yang sudah dibuka perlu dihabiskan dalam masa beberapa hari atau minggu. Sekiranya beli 200 ml dalam kuantiti yang banyak, Dina tidak perlu khuatir dengan perkara tersebut.

Adakah Dina diserang migrain selepas minum ini? Ya, tapi tidak begitu teruk sangat. Adakah ianya membantu Dina untuk kekal bertenaga dan tidak mengantuk? Kadangkala. Sekiranya awak ingin mencuba Cafe Latte ini, Dina merayu agar awak beli daripada agen Farm Fresh. Mari kita bersama-sama membantu dengan membeli daripada peniaga kecil. Awak boleh tulis sahaja Farm Fresh di Instagram atau Facebook dan pilih. Awak juga boleh beli daripada kenalan rapat awak, sekiranya ada yang menjualnya. 

Stay safe, love.

Terima kasih x


1 comment

  1. tak cuba lagi. selalu farm fresh ni saya suka susu kurma dia :)

    ReplyDelete

Theme by STS