Social Media

Dash & Lily (TV Series)


Assalamualaikum dan hai semua,
Akhirnya, Dina jumpa lagi cerita yang Dina minat! Ada beberapa cerita yang Dina tonton separuh jalan kerana plot yang tidak menarik. Mungkin Dina patut tulis satu entri khas senarai cerita yang tidak mampu dihabiskan. Sudah lama Dina simpan cerita Dash & Lily di dalam senarai cerita yang ingin ditonton. Baru mempunyai kesempatan untuk menonton. Kalau awak ingin tahu, Dina bukan peminat cerita romantik. Sebab Dina sering rasa geli melihat adegan seperti hero cuba memikat heroin dengan kata-kata manis atau usaha yang tidak seberapa. 

Dina hanya boleh tonton cerita romantik sekiranya diselitkan bersama komedi. Dash & Lily adalah sebuah drama bersiri yang bergenre-kan romantik komedi. Tidak dinafikan, membuat pilihan yang tepat untuk menonton Dash & Lily. Episod pertama sudah cukup untuk membuat Dina terpukau. Dina tidak suka cerita yang cliche seperti hero sangat popular, kaya dan tampan, manakala, watak heroin pula seorang yang pemalu, hodoh dan sederhana. 


Kelainan yang dibawa oleh cerita Dash & Lily ialah mereka mempunyai minat dan perwatakan yang lebih kurang sama. Dash suka membaca, begitu juga dengan Lily. Mereka berdua suka meluangkan masa di kedai buku. Dina terpegun melihat Dash dan Lily cuba untuk berkongsi segala perbezaan yang ada pada diri mereka. Dash mempunyai ramai kawan hanya disebabkan oleh bekas teman wanita. Dash lebih memilih untuk menyendiri berbanding bersosial. Lily tidak mempunyai ramai kawan kerana perwatakan beliau yang suka bercakap dan juga citarasa unik. Banyak lagi perbezaan dua watak ini. 

Bagi pendapat Dina, cerita ini adalah definisi sebenar 'perbezaan itulah yang melengkapi satu sama lain'. Melihat konflik Dash dan bekas teman wanitanya, membuatkan Dina terfikir bahawa pentingnya memilih pasangan yang baik dan memahami kita. 


Cemburu melihat kisah cinta di antara Dash dan Lily. Mereka tidak pernah bertemu dan hanya mengenali melalui sebuah buku nota. Comel. Bersemuka buat kali pertama, terus gaduh kerana salah faham. Dina suka apabila Dash dan Lily memilih untuk memperbaiki diri satu sama lain dan bukannya pergi mengikut haluan masing-masing. Mempunyai pasangan yang mampu berkongsi setiap persamaan dan perbezaan adalah salah satu rezeki. It's hard to find. Yeah I know. Tapi tidak mustahil. 

Dina dapat rasa Dina akan menonton cerita ini semula. 


🍿  

4.8 / 5


Terima kasih x

Post a Comment

Theme by STS