Social Media

Makeover : Study Table pt. 1


Assalamualaikum dan hai semua,
Dina seseorang yang suka pada seni walaupun tidak berseni. Mempunyai citarasa yang tersendiri dalam seni. Some people said its too high. Bagi pendapat Dina, seni ini sebenarnya bergantung kepada individu. Kecantikan itu sendiri subjektif. Dina juga seseorang yang suka akan kemasan. Kebelakangan ini, Dina banyak berada di meja belajar Dina. Selepas SPM, Dina sejujurnya jarang sekali duduk di meja. Terdetik untuk kemas balik meja belajar supaya ada ruang untuk laptop dan kopi. Sebelum ini memang selerak sebab Dina suka susun banyak buku atas meja.

Sambil mencari inspirasi untuk hias meja, terdetik untuk menukar gambar yang sedia ada di dinding. Benar, Dina memang suka letak beberapa gambar di dinding. Sebelum ini, Dina tampal gambar yang Dina cetak sendiri dan lukis. Gambar itu mula reput. Tanpa berfikir panjang, Dina terus cari di Shopee kerana malas nak cetak sendiri. 


Dina kalau bab sebegini memang sangat cerewet. Mengambil masa berhari-hari untuk fikir demi memastikan tahap maksima kepuasan dapat dicapai. Dina tidak mahu sehari-dua tengok terus bosan dan terasa buruk. Membuat keputusan untuk membeli kad-kad ini adalah pilihan yang tepat untuk Dina. Awak tengok, betapa cantiknya gambar ini pada dinding!

Dina lekat menggunakan washi tape kerana tidak meninggalkan kesan gam dan juga kuat. Keseluruhan kad ini berharga RM7.65 termasuk penghantaran. Boleh tampal di dalam jurnal juga. Tidak semestinya dinding. Ikut awak punya kreativiti. 

Terima kasih x


2 comments

  1. kreatif dengan tema kebiruan ye Dina :)

    ReplyDelete
  2. I can't be aesthetic for my life T_T but this looks so cuteee! Hope to get a sneap peek of your workspace some time soon! hehe

    ReplyDelete

Theme by STS