Begitu popular Yadah, Oh My Sun Screen sekarang ini sehingga membuatkan Dina juga ingin mencuba. Untuk pengetahuan awak, Dina tidak beli produk ini dan Dina guna mama punya. Pernah terfikir untuk membeli tapi selepas melihat SPF hanya 35, membuatkan Dina berubah fikiran. Dina lebih suka produk yang mempunyai SPF 50. Secara tiba-tiba mama beli pula. Terasa seperti memang ditakdirkan untuk mencuba. Ewah.
Tiada apa yang sempurna di dalam dunia ini termasuk Yadah, Oh My Sun Screen. Sejujurnya, bau dia pelik. Ada bau sitrus dan rempah mungkin? Dina tidak pasti. Mempunyai bau yang sangat mengganggu hidung Dina. Sepanjang menggunakannya memang Dina kena tahan sikit bau dia. Nasib baik tidak terlalu lama hendak menunggu bau tersebut hilang.
Yadah, Oh My Sun Screen mempunyai noda putih (white cast) yang minima dan penyerapan pantas ke dalam kulit. Dina setuju apabila orang kata Yadah, Oh My Sun Screen ini sangat sesuai untuk orang yang mempunyai masalah kulit berminyak. Sepanjang Dina pakai, memang langsung tidak berminyak kulit Dina. Tidak dinafikan juga berkenaan pembungkusan yang tampak comel.
Adakah Dina akan membelinya suatu hari nanti? Kalau terdesak, mungkin. Kuantiti SPF dan bau yang membuatkan Dina tidak rasa mahu membelinya. Harga dia juga mampu milik ya kalau siapa yang nak mencuba. Di Hermo awak boleh dapat dalam RM27.90.
Terima kasih x
pernah la nak cuba, tapi belum berjodoh lagi dengan yadah ni...hehe
ReplyDelete