Social Media

Wonda Coffee Sarawak Edition (Malaysia Day)


Assalamualaikum dan hai semua,
Dina baru nak rasa Edisi Hari Malaysia Kopi dari Wonda Coffee. Dina dikira lambat ke? Maaf. Tidak tahu kenapa, sejak kebelakangan ini Dina memang teringin sangat kopi. Kalau boleh hari-hari nak minum kopi. Macam orang tua. Untuk pengetahuan awak, Dina sedang kawal pengambilan kafein. Risau ketagih dan tidak bagus untuk kesihatan juga. 

((take a sip of coffee. lol))

Rasa Wonda Coffee setakat ini memang tidak pernah mengecewakan Dina. Cuma nak mencari beberapa edisi itu, payah ya. Edisi Hari Malaysia ini juga tidak terkecuali. Dina pun tidak pasti kenapa Wonda Coffee suka menyusahkan orang dengan meletakkan di kedai berlainan. Mungkin nak bagi nampak eksklusif. Tidak pasti. Dina pernah teringin nak cuba Wonda Coffee Booster 2x Coffee Shot dan daripada 5 kedai yang Dina masuk, hanya satu kedai sahaja yang menjualnya. Harap lepas ini, Wonda Coffee akan cuba perbaiki masalah tersebut.


Awak nampak tak tin Wonda Coffee Sarawak Edition? So sexy! Jatuh hati melihatnya. Bagi pendapat Dina, tin Wonda Coffee Sarawak Edition ini lebih cantik berbanding negeri lain. Untuk bahagian rasa pula, Dina tidak dapat nak bandingkan kerana Dina jumpa Wonda Coffee Sarawak Edition sahaja. Kalau awak seseorang yang suka minum kopi susu tapi pahit. Ini sesuai untuk awak. Dina suka Wonda Coffee Sarawak Edition walaupun kuantiti kafeinnya sangat tinggi sampai diserang Acid Reflux, tapi berkemungkinan besar Dina akan beli lagi. 

Kopi apa pula yang patut Dina cuba pula lepas ini?

Terima kasih x

4 comments

  1. cantik packaging. tak pernah rasa lagi kopi wonda yg limited edition ni. ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  2. wah wah special edition ni Dina menariknya

    ReplyDelete
  3. hahahahaha apeni Dina kita boleh relate sangat how it is bad for us tapi still nak minum lagi XD Kat mart asrama kita ada jual yang edisi Kelantan tapi kita takut nakcuba. Kita suka Wonda Xtra Espresso tu tapi taktau lah kenapa haritu beli (and semalam) boleh rasa macam lain dari sebelum ni lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eyy! Gimme high five! Eh boleh pula rasa lain lain. hahaha. Pelik tapi kelakar

      Delete

Theme by STS