Social Media

The Queen's Gambit (Limited Series)


Assalamualaikum dan hai semua,
Dina tengok cerita ini ketika ia pertama kali keluar lagi tapi belum rajin hendak menulisnya. Maaf. Tidak dinafikan The Queen's Gambit ini memang sangat menarik kerana ianya melibatkan pelbagai emosi ketika menonton. Begitu tekun Dina menonton drama ini. Ambil masa satu setengah hari sahaja untuk habiskan. Kalau awak belum tengok, memang rugi.

Cerita ini mengisahkan seorang anak yatim, Beth Harmon, yang begitu pandai bermain catur tetapi mempunyai masalah ketagihan pada dadah dan juga alkohol. Ketika Beth berusia 9 tahun, Beth ternampak seorang pakcik (Mr. Shaibel) yang sedang sibuk bermain catur seorang diri. Beth meminta pakcik tersebut untuk mengajarnya dan dia hafal semua pergerakan dengan hanya melihat. Setiap malam, Beth akan ambil dadah hanya untuk bermain catur dengan menggunakan fikirannya sahaja. Menakjubkan! 


Beth benci pada kekalahan dan dia sangat obses untuk memenangi setiap perlawanan yang disertai. Watak Beth Harmon pada Dina begitu unik. Mempunyai trauma, masalah ketagihan dan ego tapi dia masih disegani oleh orang sekelilingnya. Mereka inilah yang tidak pernah berhenti memberi sokongan kepada Beth. 

Sedih tengok bila secara perlahan hidup Beth semakin tidak terkawal dan dia kehilangan ramai orang yang dia sayang. Dina memang cadangkan awak untuk cuba tonton cerita ini. Percayalah. Awak tidak akan kecewa.

🍿  

5 / 5


Terima kasih x

2 comments

  1. Bolehlah cuba tengok gak kot kena dengan jiwa.

    ReplyDelete
  2. I see there are so many people telling me to watch this series. Maybe I should watch this sometimes.

    ReplyDelete

Theme by STS