Assalamualaikum dan hai semua,
Eh, ada bahagian ketiga pula. Dina memang tidak merancang ya untuk jadikan tajuk ini berepisod. Pada awalnya, memang rasa sudah putus asa dengan susu kacang badam kerana rasanya yang pelik. Tidak sangka jodoh Dina dengan susu kacang badam begitu kuat. Pada post kali ini, Dina memilih 137 Degrees Real Almond Milk With a Tad Of Sweetness from Organic Coconut Flower Nectar. Fuh, panjang sungguh nama.
Dina memang tahu jenama 137 Degrees, cuma tidak tertarik untuk mencuba. Ini pun, mama yang suruh beli dan cuba. Belum cuba, belum tahu bukan? Seperti biasa, Dina beli di Village Grocer. Buat siapa yang tidak tahu, Dina setakat ini sudah cuba dua produk susu kacang badam daripada jenama So Good.
Bagi pendapat Dina, rasa susu ini lebih kepada seperti rasa soya. Kalau awak memang penggemar soya, tapi tidak boleh minum soya. Mungkin ini mampu menggantikannya. Dina agak terganggu apabila rasa soya itu seolah-olah menutup rasa espresso. Tapi masih belum terdetik untuk cuba minum susu itu sahaja. Risau rasa dia pelik. Lebih rela minum bersama kopi.
Kali ini, Dina minum susu kacang badam bersama Dolce Gusto Espresso Starbucks Edition. Aroma kopi yang sungguh memikat hati. Ini kalau kakak-kakak sedara Dina bau, mahu esoknya terus beli satu mesin. Harap kak Alin dan kak Uda tidak baca. Am exposing 'em. LMAO.
Mungkin Dina patut rasa semua susu kacang badam yang ada di Malaysia...
Terima kasih x
saya baru nak rasa Farm Fresh nye Almond Milk.. tngh dalam peti es tu..
ReplyDeletex cuba lagi. sbb saya x suka susu jadi tatau lg macam mana rasa almond milk ni..
gatai beli nak rasa..
rasa mcm nak try pula
ReplyDelete