Assalamualaikum dan hai semua,
Sejak kebelakangan ini, Dina agak ketagih untuk menonton filem di Netflix. Rebecca adalah salah satu filem yang berada di dalam senarai Dina. Cerita ini berdurasi 2 jam. Agak lama sebenarnya. Permulaan yang agak perlahan tapi penuh dengan misteri. Dina suka akan plot cerita Rebecca. Kita jadi tertanya-tanya.
Rebecca mengisahkan seorang wanita yang jatuh hati dan berkahwin dengan seorang jejaka yang bernama Maxim DeWinter. Hidup wanita tersebut selepas berpindah ke Manderley, menjadi penuh tanda tanya apabila orang sekelilingnya tidak berhenti menyebut tentang bekas isteri Maxim DeWinter iaitu Rebecca. Tiada siapa yang pernah menceritakan dengan lebih terperinci tentang Rebecca. Kematian Rebecca memberi impak yang besar kepada Maxim DeWinter.
Watak Mrs. Danvers iaitu ketua pembantu rumah di Manderley ini cukup buat Dina rasa menjengkelkan. Apa yang Dina boleh lihat, Mrs. Danvers menyayangi Rebecca seperti anaknya sendiri. Mrs. Danvers juga salah seorang yang terkesan selepas kematian Rebecca.
Dina tidak menafikan cerita ini agak perlahan. Filem ini menarik hanya kerana plot dia. Dina pun tiadalah sampai fokus 2 jam 3 minit. Mahu tertidur. Ada masa Dina pergi bancuh air. Ada masa lagi Dina tengok kucing. Lebih kurang 40 minit terakhir, baru Dina betul fokus kerana sudah dibahagian kemuncak cerita. Jangan risau, walaupun tak fokus masih boleh faham apa yang sedang terjadi.
🍿
3.5 / 5
Terima kasih x
hehehe samala kita. tidak terlalu fokus sangat kalau movie tu panjang. terutama part yang byk bercakap dan berbincang hahaha akan skip2 tuuu
ReplyDeleteLama juga ye cerita ni. Boleh lah letak dalam list kalau ada masa boleh tengok juga
ReplyDelete