Social Media

Nivea Extra White Repair & Protect Lotion (SPF 30 PA++)


Assalamualaikum dan hai semua,
Sudah lama terfikir untuk menulis mengenai penjagaan badan sebenarnya. Ramai yang tidak tahu penjagaan badan juga sama penting dengan muka. Maka, hari ini Dina akan wujudkan lagi satu tag khas untuk penjagaan badan! Kalau muka kena pakai Sunscreen, badan pun kena pakai Sunblock bagi menjaga kulit daripada sinaran UV. Tapi, Dina sejenis tidak suka Sunblock. Dina gantikan dengan losyen yang mengandungi SPF.

Salah satu sebab Dina beli Nivea Extra White Repair & Protect Lotion ini kerana ia mempunyai SPF 30 PA++. Losyen mempunyai fungsi melembab dan melembutkan kulit manakala Sunblock tidak. Kira sambil menyelam minum air. Kulit dilindungi oleh SPF dalam masa yang sama lembut. Sebelum ini, Dina guna losyen jenama Vaseline. Dina sengaja berubah angin. Kebelakangan ini, losyen Nivea sering mendapat pujian yang membuatkan Dina juga ingin mencuba sendiri. 

Nivea Extra White Repair & Protect Lotion ini mempunyai bau sitrus yang sangat kuat. Sejujurnya, Dina memang menggemari bau sitrus atau buah-buahan. Maka, bau ini tidak mengganggu Dina langsung. Untuk losyen, Dina suka gunakan seluruh badan sehingga kaki kecuali tangan. Dina lebih suka guna losyen khas untuk tangan Dina. 


Adakah produk ini membantu membuat kulit Dina menjadi lebih cerah? Setakat ini tidak. Tapi losyen ini cukup melembabkan kulit Dina. Perkara yang begitu mengganggu Dina ialah tapak tangan Dina terasa berminyak. Menjengkelkan. Selain daripada itu, Dina suka tekstur dia yang tidak terlalu pekat. Lebih kurang seperti pelembab muka yang water-based. Losyen ini juga tidak kalis air walaupun ada SPF. Mudah nak ambil wudhu. Mungkin Dina akan beli lagi di masa akan datang. 

Dina beli di Shopee dengan harga RM33.10. Kalau awak nak cuba juga losyen ini, boleh tekan mana-mana gambar di atas.

Terima Kasih x

2 comments

  1. Dulu masa kerja memang rajin pakai losyen2 macam ni. Sebab duduk dalam aircond jer kan. Eina suka brand Nivea ni. Tapi sejak duduk rumah ni kan, jarang sangat pakai losyen. Hehe

    ReplyDelete
  2. Pakai losyen bagus untuk luar dan dalam kulit. Mungkin kesan putih tu lambat sikit kot..atau sebab dah putih dah kulit Dina :)

    ReplyDelete

Instagram

Theme by BD