Assalamualaikum dan hai semua,
Kalau awak hendak tahu, hampir setahun Dina mengidap penyakit Acid Reflux. Mesti awak semua macam apa kaitan Acid Reflux dengan Asma? Doktor memberitahu Dina, Acid Reflux mampu mengganggu kesihatan paru-paru sekiranya tidak diberi rawatan dalam kadar segera. Bukan itu sahaja, Acid Reflux juga boleh menjadi punca utama kepada orang yang mengidap Asma seringkali sesak nafas, batuk, sakit dada dan mendesah (wheezing). Kebelakangan ini, Acid Reflux datang menjenguk kembali sahabat lamanya iaitu Dina. Kehadirannya kali ini penuh dengan dramatik seperti membuatkan Dina muntah asid setiap kali terjaga.
Kalau awak ada baca post My Chronic Asthma Journey yang pertama, pasti awak tahu Dina perlu bertemu dengan doktor pada setiap bulan. Setiap kali jumpa memang soalan yang sama sahaja dilemparkan oleh beliau.
"Okay, awak rasa macam mana bulan lepas?"
Sudah menjadi kebiasaan Dina untuk menceritakan simptom yang Dina ada selama sebulan. Tidak boleh tertinggal sedikit pun informasi kerana doktor memerlukannya untuk menentukan dos ubat Dina. Buat masa kini, doktor sedang mencuba untuk mengawal Acid Reflux Dina. Doktor kata sekiranya Acid Reflux pulih, beliau mampu fokus kepada Asma sahaja. Kalau berlaku sebaliknya, beliau terpaksa pindahkan Dina kepada Gastroenterologist untuk memberi rawatan lebih lanjut untuk Acid Reflux kerana beliau hanya pakar paru-paru. Rawatan Asma tidak mampu dipantau selagi Acid Reflux tidak pulih sepenuhnya.
Selain daripada ubat Asma, Dina juga sedang bergantung kepada dua lagi ubat untuk merawat Acid Reflux. Untuk bulan ini, doktor terpaksa naikkan dos ubat Acid Reflux Dina. Sekian lama, Dina tidak muntah asid. Kali terakhir beberapa bulan lepas. Mungkin Dina ada tersilap langkah atau makan. Apa yang Dina perlu buat sekarang hanya kawal dan pantau pemakanan Dina. Makan pun kena sukat berapa banyak. Tidak boleh makan berlebihan. Tidak boleh makan makanan yang mampu mengaktifkan asid seperti buah sitrus, susu dan sebagainya.
Untuk pengetahuan awak, Dina sedang diserang oleh Acid Reflux sambil menulis post ini. Mungkin dia tahu kita sedang bercakap tentangnya. Maaf Acid Reflux, Dina ingin orang belajar tentang kewujudan dan betapa bahayanya awak sebenarnya. Acid Reflux mampu menjadi lebih kronik sekiranya diambil mudah. Jangan tunggu sehingga awak kena Gastroesophageal Reflux Disease (GERD). Perkara biasa untuk orang yang mempunyai Asma, kemudian dia ada Acid Reflux. Bukan itu sahaja, tidak mustahil juga untuk awak bakal ada Asma sekiranya awak mempunyai penyakit Acid Reflux.
Tolong jaga kesihatan diri dan keluarga. Acid Reflux bukan sahaja mampu kena pada orang dewasa tetapi kanak-kanak juga. Lebih lagi orang yang mempunyai Asma. Ingat, Acid Reflux boleh buat Asma jadi lebih teruk. Kebelakangan ini, Dina mula batuk, sakit dada dan muntah asid kerana Acid Reflux. Am gonna fight it. Don't worry.
Doakan Dina.
Terima Kasih x
Aamiin.Moga kembali sihat ya Dina.
ReplyDeleteAllahuAkbar..semoga kembali sembuh dan sihat sis Dina..amin2x
ReplyDelete