Assalamualaikum dan hai semua,
Sudah lama Dina menyimpan hasrat untuk mencuba tapi masih belum ada rezeki. Mise En Scene adalah jenama produk rambut yang terkenal dari Korea. Ini pertama kali, Dina mencuba Mise En Scene Perfect Serum Treatment. Dulu, Dina suka guna jenama Ellips. Memandangkan Dina pun kehabisan produk rawatan rambut, terus beli Mise En Scene Perfect Serum Treatment.
Dina selalu perasan kalau memasuki salun, pasti ada satu bau yang Dina tidak mampu terangkan dan produk Mise En Scene Perfect Serum Treatment ini mempunyai bau yang sama. Nasib baik tidak mengganggu hidung Dina sangat. Selepas menggunakannya, rambut Dina jadi makin lembut dan nampak lebih sihat! Kalau nak nampak hasil yang lebih baik, Dina rasa kena beli sekali dengan Mise En Perfect Repair Serum. Mungkin Dina patut membelinya dan kongsikan apa pendapat Dina pada awak.
Dina tidak gunakan produk untuk rawat rambut setiap kali shampu. Hanya seminggu sekali sahaja. Perapi rambut sahaja ya, Dina guna setiap kali cuci rambut. Rambut pun, Dina tidak basuh setiap hari. Dua hari sekali sahaja. Risau rambut jadi lagi rosak.
Dina suka hasil rambut Dina selepas menggunakan Mise En Scene Perfect Serum Treatment kerana selepas kering pun masih lembut! Mise En Scene Serum Treatment datang dalam beberapa lagi pilihan mengikut kesesuaian rambut awak. Dina memilih Mise En Scene Perfect Serum Treatment kerana Dina mempunyai masalah rambut frizzy. Padah, tidak menjaga rambut selepas rebonding ketika berusia 15 tahun dulu. Kecil-kecil elok sahaja rambut lurus. Mengada nak luruskan lagi. Padahal tiada beza. Sekarang tanggung sendiri rambut jadi macam ini. Lol.
Dina beli produk ini di Shopee berharga RM18.90.
Terima kasih x
belum try lagi serum ni heheh. tapi mungkin dina boleh share next time. kalau2 ada produk yang bagus untuk kurangkan masalah keguguran rambut. sebabb , da try mcm2 jenis syampu masih sama.
ReplyDeleteInsyaallah. Terima kasih atas cadangan. Nanti Dina buat
DeleteBoleh tahan murah harga tu. Jarang nampak produk serum dalam tube. Saya guna serum rambut good virtue Co.
ReplyDeleteSorry for asking....is it halal?
ReplyDeleteYes it is
Delete