Social Media

lookATME Natural Bamboo Panda Face Mask


Assalamualaikum dan hai semua,
Kebelakangan ini kulit Dina begitu kering di bahagian dahi tanpa sebab. Menjadi tanda tanya. Solusi yang Dina pilih ialah dengan memakai sheet mask kerana kita tahu sheet mask sangat melembabkan kulit. Dina pun belum habis review semua sheet mask dari Mini Haul from SASA. Kira sambil menyelam minum air lah ini. 

Kalau awak ada baca yang lookATME Vegetable Bunny Face Mask, pasti awak sudah mengetahui bahawa sheet mask jenama ini memberi iritasi pada kulit Dina. Sama juga seperti lookATME Natural Bamboo Panda Face Mask ini. Kulit Dina masih terasa gatal, tetapi tidak seteruk seperti sebelumnya. Mungkin ada segelintir bahan yang tidak sesuai pada kulit Dina? Mungkin.

Selain daripada pembungkusannya yang comel, Dina juga suka tengok keadaan kulit Dina. Nampak begitu sihat selepas menggunakannya. Tidak dinafikan. Sekiranya awak berminat untuk membeli, awak hanya perlu tekan gambar di atas. Kalau sudah cuba jangan lupa tag Dina dan beritahu pendapat awak juga. 

Nasib baik, sheet mask kali ini tidak berlendir. Bau memang wangi seperti biasa. Perbezaan ini dengan yang satu lagi, dia tidak begitu cepat serap seperti Vegetable Bunny Face Mask. Memang ambil beberapa minit untuk tunggu dia menyerap ke kulit. Siapa yang tidak suka rasa macam ada sesuatu atas muka, pasti akan rasa kurang selesa.

Adakah Dina akan membelinya lagi selepas ini? Mungkin ya mungkin tidak, kerana sheet mask kali ini tidak begitu mengujakan Dina seperti SasaTinnie Rice Soothing Sheet Mask

Terima Kasih x

Post a Comment

Theme by STS