Social Media

L'arvore Daily Care Mask Brightening


Assalamualaikum dan hai semua,
Dina jumpa lagi sheet mask yang Dina suka! Rasa macam nak lompat sahaja selepas memakainya. Dua hari kulit Dina nampak sihat disebabkan oleh sheet mask ini. Innisfree who? Terus lupakan Innisfree. Kebiasaannya, Dina mempunyai tanggapan bahawa semua sheet mask sama sahaja. Terima kasih L'arvore kerana membuatkan Dina berubah fikiran. 

Kebelakangan ini, fikiran Dina agak serabut dan kulit Dina secara tidak langsung juga semakin teruk. Fikiran kusut, ditambah pula dengan kena tengok kulit dalam keadaan sebegini? Bertambah stres. Maka, Dina membuat keputusan untuk pakai sheet mask walaupun dalam hati tidak meletakkan sebarang harapan. Hati mula berbisik bahawa tiada perubahan yang bakal berlaku. 


Alangkah terkejutnya selepas melihat hasil di kulit Dina. Harga murah dan Dina dapat hasil kulit yang sihat macam ini? Take all my money please! Alhamdulillah. Berita baik, kali ini tiada sebarang jerawat yang naik dan bau ia pun wangi. Jatuh hati! 

Kebanyakan orang Korea suka pakai sheet mask hari-hari dan menjadikannya sebahagian daripada rutin penjagaan kulit mereka. Mungkin kerana sheet mask mereka sebagus ini dan terjawab segala persoalan Dina. Sheet mask dari Innisfree membuatkan Dina terpegun kerana hasilnya pada kulit Dina. Walaupun hasilnya tidak seperti yang dituliskan di atas pembungkusan mereka, tapi cukup untuk kulit Dina nampak sihat dan memudahkan Dina untuk memakai solekan. Faktor ini yang menjadi keutamaan Dina apabila Dina mencuba sesuatu sheet mask


Dina pernah cuba koleksi lain tapi dari jenama yang sama. Kalau awak nak baca, https://www.ohhdina.com/2020/10/larvore-nature-source-cell-mask.html

Setakat ini, Dina tidak nampak lagi SASA jual sheet mask ini di atas talian. Mungkin kalau di kedai fizikal SASA sendiri ada. Dina tidak pasti. Dina beli di Genting Highland dengan harga lambak. 

 Terima kasih x

1 comment

Theme by STS