Social Media

Ikea Cafe

Mutiara Damansara, 47820 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Assalamualaikum dan hai semua,
Dua hari lepas, Dina dan Syasya ada urusan di Damansara. Seperti biasa, kami pasti akan cari kafe untuk berbual dan kopi. Adik Dina yang sarankan untuk ke sini. Katanya kopi Ikea Cafe sedap. Itu yang membuatkan kami memilih kafe ini. Dina sedikit sibuk minggu ini. Tidak sempat beritahu awak lebih awal tentang Ikea Cafe. Maaf.

Sudah lama sebenarnya tahu kewujudan Ikea Cafe ini, cuma belum terdetik untuk mencuba. Selepas melihat menu dan segala pastri yang disaji, terus jatuh hati. Terfikir juga kenapa lah sebelum ini Dina tidak pernah teringin untuk masuk Ikea Cafe. Agak kecewa kerana malangnya, Dina sudah kenyang pada hari tersebut. Kami hanya memesan air kopi dan juga Macaron. Perkara yang Dina menyesal selepas pulang sehingga hari ini ialah tidak membeli Macaron dalam kuantiti yang banyak. Mungkin bukan rezeki. 


Dina beli air Iced Rose Latte manakala Syasya pula air Iced Caramel Latte. Keseluruhan yang Dina perlu bayar RM35.50 (termasuk cukai). Untuk Macaron pula, Dina pilih Blueberry, Lemon dan Green Tea. Bagi pendapat Dina, terasa sedikit hanyir telur pada Macaron tersebut. Tapi habis juga, sebab teringin sangat. Tidak berapa rajin nak mencari dan Dina sangat memilih dalam bab Macaron. Dina memang tidak beli sembarangan. Setakat ini, Dina paling suka Macaron yang Dina beli di Singapura.

Seperti biasa, ikea sentiasa menyediakan tempat yang selesa dan Dina suka dekorasi kafe ini. Penuh dengan lampu yang cantik-cantik. Terasa tenang sahaja sepanjang Dina duduk di situ. Kami berbual sehingga tidak perasan waktu berlalu.


Antara dua kopi ini, Dina lebih suka Iced Caramel Latte kerana rasa karamelnya. Kalau awak nak tahu karamel sepatutnya rasa macam mana, awak patut cuba Iced Caramel Latte. Kita beralih kepada Iced Rose Latte pula. Dina tidak sarankan untuk awak beli. Masa tegukan yang pertama, kami terus gelak kerana terasa seperti ubat cecair selsema kanak-kanak. Buat siapa dulu-dulu selalu sakit dan terbiasa makan ubat pasti akan secara tidak langsung mampu mengimbas kenangan pahit tersebut. Mungkin. Idk. Ada sahaja orang yang memang suka dengan rasa ubat cecair. This one's for you then.

Ambil masa juga, Dina nak habiskan air Iced Rose Latte. Dina memang tidak suka rasa ubat cecair. Zaman dulu, nak makan ubat memang cukup payah. Selalu jururawat akan paksa juga. Dina mula ambil pil lebih awal sebab tidak sanggup dengan rasa ubat cecair. Bila minum air ini, rasanya sangat memberikan nostalgia. 

Amboi, sembang serupa orang tua Dina sekarang. 

Terima kasih x




3 comments

  1. Waalaikumussalam. Comelnya macaroon. Cantik warnanya!

    ReplyDelete
  2. lamanya tak pegi any cafe lepak2 dengan friends..
    sejak2 covid ni mmg xde activity gitu.. insyallah soon..

    ReplyDelete
  3. ermm sedapnya. tapi cakap rasa ubat selesema plak. pelik plak rasanya haha

    ReplyDelete

Theme by STS