Social Media

If Anything Happens I Love You (Movie)


Assalamualaikum dan hai semua,
Siapa sudah tengok filem pendek ini? Kalau belum, pergi tengok sekarang. Tidak sangka filem pendek If Anything Happens I Love You di Netflix ini mampu memainkan emosi kita walaupun tanpa dialog. Banyak persoalan yang bermain di minda dan terjawab di hujung filem. Disebabkan tiada dialog, maka kita perlu lebih fokus dan cuba untuk fahamkan apa yang sedang cuba disampaikan. 

Filem ini hanya berdurasi 12 minit tapi mampu untuk menyentuh hati Dina. Mempunyai lukisan yang cantik dan cara penyampaian yang bagus. Kalau kita teliti, filem ini juga sebenarnya memberikan kesedaran dan juga tunjuk impak dalam keluarga apabila berlakunya sesuatu tragedi. 


Sesuai untuk ditonton seisi keluarga. Jangan risau, 12 minit awak tidak akan disia-siakan. Recommended!

🍿  

5 / 5


Terima kasih x

2 comments

  1. belum pernah tengok.. will do soon. masuk dalam list..
    makin banyak list Netflix yang belum tngk..

    ReplyDelete
  2. kadangkan movie pendek ni tgok kalau mls tpi nk tgok jugk

    ReplyDelete

Instagram

Theme by BD