Social Media

Hot Chocolate Recipe


Assalamualaikum dan hai semua,
Tidak tahu kenapa malam ini teringin sangat dengan air Coklat Panas. Teringat masa pergi Aussie dulu, memang kerja beli Coklat Panas sahaja ketika musim sejuk. Coklat Panas dan Marshmallow adalah kombinasi yang sempurna. Disebabkan Dina betul teringin Coklat Panas, maka Dina cuba buat sendiri dengan hanya menggunakan tiga bahan. 

Dina akan kongsikan bagaimana Dina buat air Coklat Panas dan yang paling penting sedap. Rasa bangga pula selepas buat. 

Bahan yang diperlukan adalah susu kotak, Nutella (atau seangkatan dengannya) dan garam. Ya benar. Garam. Mesti awak pelik bukan? Garam sebenarnya mampu menaikkan lagi rasa coklat. Tapi itu pilihan. Dina memang suka letak secubit garam. 


Cara buat dia mudah sahaja, ambil periuk atau sebarang perkakas yang sesuai. Masukkan susu sebanyak yang awak mahukan dan masak sehingga menggelegak dengan api sederhana. Kemudian, masukkan Nutella tadi sebanyak yang awak mahukan. Dina letak tiga sudu besar. Letak secubit garam dan kacau sehingga semuanya sebati. Siap dan boleh dihidangkan di dalam cawan!


Mudah bukan? Dina sampai kena buat dua kali sebab adik-adik Dina cukup suka. Kalau nak lagi sedap, letak Marshmallow atau Krim Putar. Ikut keselesaan awak. Ada yang suka tabur serbuk koko. Ikutlah. Minum terus pun sedap. 

Selamat mencuba!

Terima kasih x 

2 comments

  1. ni kalau buh whip cream lagi padu ni Dina :)

    ReplyDelete
  2. Sedap buat cara macam ni. lagi padu masak atas dapur. creamy susu dan coklat tu umphhh

    ReplyDelete

Instagram

Theme by BD