Assalamualaikum dan hai semua,
Pada 31 Oktober yang lepas, Dina membuat keputusan untuk memilih cerita seram secara rawak dan ketika itu juga His House baru masuk dalam Netflix. Tanpa berfikir panjang, Dina terus klik untuk menonton. Jalan cerita yang menarik kerana penuh dengan tanda tanya. Dina suka cerita seram yang mempunyai persoalan dan memutarbalikkan plot.
Filem ini mengisahkan dua orang pelarian yang cuba berlindung di negara lain. Beberapa adegan menunjukkan pasangan ini perlu menghadapi isu perkauman dan hidup mereka mula diganggu oleh makhluk halus selepas berpindah ke sebuah rumah yang disediakan. Apa yang lebih menakutkan, hantu dia bukan satu tapi banyak dan menjadi semakin kuat ketika waktu malam.
Sepanjang menonton filem ini, perasaan meluat pada isteri dia membuak-buak. Rasa macam nak masuk dalam TV luku kepala dia. Setiap kali ada watak isteri dia, memang Dina Istighfar banyak-banyak.
Malangnya, Dina kecewa dengan pengakhiran cerita ini kerana tidak begitu logik dan agak kelakar apabila di fikirkan semula. Rupa hantu dia juga tidak begitu menggerunkan. Terlalu CGI bagi Dina. Tapi keseluruhan cerita menarik dan plot yang unik.
🍿
3 / 5
Dina berikan 3 sahaja kerana pengakhiran yang sangat mengecewakan.
Terima Kasih x
Dah unsubs la plak netflix, kalau tidak boleh join tengok juga. Tapi baguslah, setiap cerita yang kita tengok di netflix, boleh kongsikan di blog untuk feedback orang ramai kan
ReplyDelete