Assalamualaikum dan hai semua,
Baru-baru ini Dina cuba Burger King Mozzarella King. Dina bersama keju memang berpisah tiada. Selepas melihat iklan Burger King tarik nampak keju meleleh sebegitu siapa peminat keju yang tidak terliur? Dina minta papa belikan sebab teringin untuk mencuba. Mempunyai harapan yang menggunung kerana kita semua tahu saiz Burger King besar. Setakat ini Dina beli, bahan dalam burger memang padat seperti sos dan sebagainya.
Dina sedikit sibuk kebelakangan ini sehinggakan burger pun sempat sejuk sementara nak tunggu Dina makan. Tapi Dina terpegun dengan ketebalan keju mozzarella yang diberi. Mengagumkan. Walaupun hasrat nak tarik keju tersebut tidak kesampaian, tapi rasa dia cukup untuk menutup segala kekecewaan yang ada. Bagi pendapat Dina, gabungan sos yang digunakan memang kena dengan citarasa Dina.
Saiz burger sama sahaja seperti burger Whopper. Dina pilih daging untuk yang ini. Sepanjang Dina makan, memang berharap burger ini dijadikan menu tetap. Sedap. Dina tiada sebarang komen berkenaan burger tersebut kerana sedap walaupun sejuk. Dengan dua jenis gabungan keju. Sampai terbayang-bayang Dina sekarang.
Tidak pasti berapa harga untuk satu set Mozzarella King ini kerana bukan Dina yang beli dan papa tidak menyimpan sebarang resit.
Terima kasih x
perghh padat. tak pernah lagi cuba burger king.
ReplyDeleteuiiish ini yang baru tu kan.. belum cuba lagi.
ReplyDeletesselalu p BK amek mushroom swiss.. blh tukar try yang ni..
alaa sini takde burger king :(
ReplyDelete