Social Media

Always And Forever, Lara Jean


Assalamualaikum dan hai semua,
Siapa yang baca blog Dina pasti tahu reaksi Dina selepas membaca buku P.S. I Still Love You. Tanpa berfikir panjang, Dina terus beli yang seterusnya iaitu Always And Forever, Lara Jean. Mempunyai harapan yang tinggi kerana buku sebelum ini. Betul tidak sabar sehinggakan selepas beli terus duduk baca. Buat siapa yang tidak mengenali Dina, sebenarnya Dina mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi. 

Kecewanya Dina selepas selesai membaca. Penulis seolah-olah terburu-buru untuk menghabiskan cerita ini. Mempunyai konflik yang meleret dan terlalu banyak fokus kepada watak sampingan. Dina berharap lebih banyak tentang Lara Jean (Covey) dan Peter Kavinsky. Tidak sangka dengan apa yang bakal Dina perkatakan, tapi Dina betul berharap Netflix buat jauh lebih baik daripada buku ini. Rooting for you, Netflix

Ada juga beberapa ayat yang Dina suka. Mampu menyentuh hati Dina. Amboi. Salah satunya ialah,

"Being vulnerable, letting people in, getting hurt... it's all a part of being in love."

Dina tidak mahu komen terlalu banyak tentang ini kerana risau terberi spoiler. Mungkin Dina akan bandingkan filem dan buku di post yang akan datang selepas Netflix keluarkan filem Always And Forever, Lara Jean. Dina beli buku ini di kedai fizikal MPH dengan harga RM40+. Tidak pasti dekat mana ada jual lagi. 


Always and Forever, Lara Jean (To All the Boys I've Loved Before, #3)


Always and Forever, Lara Jean by Jenny Han
My rating: 3 of 5 stars





Terima kasih x

Post a Comment

Theme by STS