
Assalamualaikum dan hai semua,
Ini adalah produk Wet N Wild Dina yang pertama. Kalau awak memang gemar pergi SASA, awak pasti kenal jenama ini. Dina mula terdetik untuk membeli highlighter dari Wet N Wild ini selepas menonton salah satu youtuber terkenal, Jeffree Star. Positif komen daripada Jeffree membuatkan Dina teringin untuk memiliki dan cuba juga! Buat siapa yang tidak tahu, produk Wet N Wild adalah salah satu jenama yang bebas kekejaman (cruelty-free). Ya, benar. Sepanjang pembuatan produk ini tidak dilakukan pada haiwan walaupun mereka masuk dalam pasaran China.
Kini, awak boleh dapatkan Wet N Wild di Watson juga selain daripada SASA. Semakin mudah untuk Dina dapatkan selepas ini. Untuk pengetahuan awak, Wet N Wild Megaglo Highlighting Powder adalah kegemaran Dina buat masa sekarang. Very pigmented! Sekali calit sahaja awak sudah nampak kilauan dia. Sangat jimat juga. Kalau awak perasan, Dina sejenis suka guna setempat sehingga habis. Because i'm a perfectionist and i'm sorry.

Dina suka guna highlighter pada pipi, kening, hidung dan juga atas bibir. Bagi menampakkan kulit Dina lebih sihat. Kadangkala di bahagian mata.


Kadangkala Dina juga gunakannya sebagai eyeshadow. Not gonna lie, its kinda pretty. Dina rasa selepas ini, Dina akan beli lebih banyak produk Wet N Wild. Harga berpatutan dan produk setanding produk mahal? Yes, please! Take all my money! Highlighter ini juga tahan lama. Walaupun foundation dan concealer awak sudah cair, highlighter masih kukuh di situ. Dina beli highlighter ini dengan harga RM37.60 di SASA.
Jeffree and Dina approved!
👄 5 / 5
Terima Kasih x
Post a Comment