Social Media

The Secret Thoughts Of Successful Women


Assalamualaikum dan hai semua,
Memandangkan Dina sudah mula membaca buku kembali, Dina membuat keputusan untuk kongsikan pendapat Dina mengenai buku yang sudah dibaca. Buat siapa yang tidak tahu, Dina seseorang yang mempunyai obsesi terhadap quotes. Tidak kira dalam filem mahupun buku. Dina suka mencari kata-kata yang menyentuh hati Dina ataupun yang mampu membuat Dina berfikir. Inilah rahsia bagaimana Dina dapat A+ dalam sejarah dan sains setiap kali peperiksaan. Dina mempunyai tabiat highlight dan labelkan apa sahaja ayat yang Dina suka sejak kecil lagi.

Dalam buku The Secret Thoughts Of Successful Women yang ditulis oleh Valerie Young ini penuh dengan fakta dan cara bagaimana perempuan perlu mengatasi masalah Impostor Syndrome. Lebih banyak Dina baca, lebih terkejut Dina kerana seolah-olah penulis ini sedang cuba memerihalkan tentang Dina. Pasti ramai wanita diluar sana akan faham apa maksud Dina selepas membacanya. 

Pernah tidak awak rasa seolah-olah diri awak ini sedang menipu orang lain kerana awak sebenarnya bukanlah sebagus yang mereka bayangkan? Mungkin awak rasa seperti kejayaan yang awak peroleh ini bukan datang dari usaha sendiri tetapi hanya bernasib baik? Itu apa yang dirasai oleh pesakit yang mempunyai Impostor Syndrome dan kebanyakannya ialah wanita.

Dua topik yang Dina suka ketika dibincangkan oleh penulis ialah Procrastination dan The Perfectionist's View of Competence. Mungkin sebab Dina mempunyai kelakuan sedemikian. Antara kata-kata yang membuat Dina terbuka mata, setuju  atau berfikir ialah;

"If you're self-employed or in school, there's a good chance that procrastination is your coping mechanism of choice."

"If you wait for everything to be perfect, you'll never act."

"Practice being more comfortable with not knowing everything and trusting what you do know."

"And you certainly don't want to promise something unless you're absolutely certain you can deliver."

"In reality all mistakes do is make us human."

Banyak lagi yang Dina suka. Tidak termampu untuk tulis kesemuanya. Penulis juga banyak memberi cadangan beberapa buku yang bagus untuk dibaca buat sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang beberapa isu yang disentuh.  Dina memang jatuh hati dengan buku ini sejak pertama kali membelinya. Bukan kerana Dina mempunyai Impostor Syndrome, tapi lebih kepada ingin mengetahui lebih lanjut tentang apa itu Impostor Syndrome. 

Dina mempunyai tabiat suka membaca sambil dengar lagu. Mungkin Dina patut normalisasikan kongsi buku dan juga lagu yang Dina dengar sambil baca? Mungkin.




Dina sangat rekomen kepada ulat buku untuk cuba membaca buku ini. Lagi-lagi wanita di luar sana. Buku ini Dina beli di Big Bad Wolf dan awak boleh dapatkan E-Buku di Google Books


The Secret Thoughts of Successful Women


The Secret Thoughts of Successful Women by Valerie Young
My rating: 5 of 5 stars





Terima Kasih x

Post a Comment

Theme by STS