
Assalamualaikum dan hai semua,
Dina penggemar cerita bergenrekan biografi kerana ianya dari kisah benar dan Dina juga dapat mengetahui apa impak yang mereka berikan pada dunia mahupun negara. Filem The Most Hated Woman in America mengisahkan seorang wanita bernama Madalyn Murray O'Hair yang tidak mahu menganut sebarang agama dan tidak percaya kepada Tuhan. Malah, Madalyn juga saman sekolah kerana mewajibkan bacaan doa kerana Madalyn percaya semua berhak memilih kepercayaan sendiri. Madalyn mempunyai dua orang anak dan seorang cucu.
Madalyn diculik dan dibunuh bersama seorang anak dan juga cucunya pada tahun 1995. Tapi, hanya dua orang sahaja yang berusaha untuk mencari kehilangan mereka iaitu seorang wartawan dan juga seorang ahli American Atheist. Pelbagai yang dilakukan oleh Madalyn sehingga dicemuh oleh penduduk Amerika seperti mengoyakkan Bible, mengikuti protes polisi White-People Only dan sebagainya.

Seronok sebenarnya melihat kehidupan dan mempelajari bagaimana Madalyn mempunyai idea yang seperti itu. Kalau awak penggemar filem yang berkisahkan biografi, Dina memang cadangkan awak untuk menonton cerita ini.
Bila difikirkan kembali, ada yang baik apa Madalyn buat tapi ada yang tidak. Dalam filem ini juga ada adegan di mana anaknya sendiri menentang apa yang dia lakukan. Walaupun begitu, Madalyn senantiasa teringat dan menyebut nama anaknya. Segala urusan menguruskan persemadian Madalyn dilakukan oleh anak sulungnya.
🍿
4.8 / 5
Terima Kasih x
Post a Comment