Tidak sangka Dina akan buat yang kedua untuk tajuk ini. Rezeki itu rahsia Allah SWT bukan? Ini pun Dina anggap sebagai rezeki yang Allah SWT beri. Alhamdulillah. Baru-baru ini, Dina sekeluarga berhasrat untuk melawat Syasya yang sedang sakit di rumah. Kalau datang menziarahi orang sakit pasti perlu membawa buah tangan bukan? Tradisi orang melayu yang Dina rasa patut kita amal dan kekalkan. Maka, kami pergi ke Village Grocer untuk mencari buah kegemaran Syasya. Tiba-tiba teringat pada Syasya ketika itu kerana pernah sekali Dina pelawa Syasya makan buah yang tidak tersentuh di rumah Dina. Buah tersebut terlalu banyak kerana dapat dari orang yang datang ziarah. Terkejutnya Dina, Syasya mampu habiskan semua itu dalam masa beberapa minit dan dia memberitahu buah ini kegemarannya. Benarlah apa orang kata, dalam rezeki kita pasti ada rezeki untuk orang lain.
Tengah sibuk memilih buah yang cantik untuk Syasya, mama ternampak kotak susu badam yang tersusun di rak dengan harga promosi. Mama kata ambil satu kotak dan kita cuba kerana kali ini jenama yang sama cuma perbezaannya terletak pada edisi dan mungkin rasa juga. Mungkin lebih sedap kerana ianya edisi barista? Maknanya dibuat khas untuk kopi? Dina tidak menafikan yang Dina pernah beritahu dalam post Dina sebelum ini bahawa Dina tidak akan membeli lagi susu badam. Dina ini kadangkala kelakar orangnya. Me? Always a clown. I'm sorry.
Buat siapa yang belum pernah baca, Dina akan tinggalkan link di sini: https://www.ohhdina.com/2020/09/susu-kacang-badam-dan-kopi.html
Kita beralih kepada rasa. Alangkah terkejutnya Dina, akan rasa So Good Barista Edition Almond Milk ini kerana ianya lebih berlemak. But, I still don't really like the aftertaste. Dina tidak pasti bagaimana Dina hendak terangkan. Tapi yang Dina pasti ianya terasa pahit di hujung. Untuk orang yang berusia pasti akan menyukainya seperti mama. Buat siapa yang tidak suka rasa pahit, sememangnya Dina tidak sarankan. Awal-awal minum, Dina memang rasa terganggu dengan rasa pahit tersebut. Lama-kelamaan, Dina jadi sudah sebati dengan rasa tersebut.
Kali ini, Dina menggunakan susu badam untuk kopi dalgona. Sebelum ini, Dina guna dolce gusto. Tidak tahu kenapa hari ini Dina terasa memerlukan kafein yang lebih tinggi untuk menulis blog.
Persoalannya, adakah Dina akan membeli susu ini lagi? Mungkin. Dina tidak membenci sepenuhnya seperti yang Dina beli awal dulu. Dina suka rasa berkrim pada kopi Dina, sebab itu Dina sering menggunakan Full Cream Milk dan So Good Barista Edition Almond Milk ini cukup berlemak untuk Dina. Selain itu, Dina juga suka betapa berbuihnya (foamy) susu tersebut selepas dituang.
Terima kasih x
Wahh sedapnya Dina. Suka kopi suka kacang badam. Kalau jumpa, nak try jugalah.
ReplyDeleteW'salam Dina..
ReplyDeleteMungkin sis akan cari dan cuba kopi kacang badam ni.
Apa yang Dina describe tentang rasa kopi tu macam memenuhi citarasa sis.
Kena cuba sendiri baru tahu kann..