Social Media

Pulang (Movie)


Assalamualaikum dan hai semua,
Dina pernah menonton filem Pulang ini tapi beberapa adegan sahaja kerana Dina tidak begitu tertarik. Selepas dimarahi oleh salah seorang rakan Dina, maka Dina membuat keputusan untuk cuba memberi peluang kepada filem ini sekali lagi. Filem Pulang diadaptasikan dari sebuah novel yang ditulis oleh Lily Haslina Nasir berdasarkan kisah benar sekitar tahun 40-an dan pelbagai anugerah yang dimenangi oleh filem ini. Mengagumkan. 

Pulang mengisahkan percintaan di antara Che Thom dan juga Othman. Mereka terpisah buat kali pertama ketika tanah air dijajah oleh Jepun. Dalam pada masa yang sama, Che Thom juga melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Omar. Kemudian, mereka terpisah sekali lagi kerana sampan Othman dipukul jauh oleh ombak ketika menangkap ikan untuk memberi kesenangan kepada keluarga. Kedua-dua kali Othman hilang tapi tetap pulang. Che Thom mempunyai firasat Othman akan pergi lagi sekali meninggalkan keluarganya. Jarang firasat perempuan salah bukan? Benar, Othman pergi lagi. Kali ini lebih jauh dan Othman tidak lagi pulang. 

Dina suka pada kegigihan Othman dalam mencari rezeki untuk berikan yang terbaik kepada keluarganya. Bukan itu sahaja, pujian juga perlu diberi kepada Che Thom kerana dia begitu sabar menunggu kepulangan suaminya yang tercinta. Membesarkan anak seorang diri? Bukan mudah ya. Dina tersentuh apabila melihat Che Thom mula patah semangat menunggu kepulangan Othman. 


Maka, Dina boleh rumuskan cerita ini lebih fokus kepada mencari kehilangan Othman untuk dibawa pulang oleh dek rindu. Pada tahun 1966, Omar akhirnya berjumpa dengan bapanya selepas menerima surat dari Lum. Cerita ini banyak menggunakan efek CGI. Kagum tapi agak sedikit kelakar kerana terlalu nampak palsu. Maafkan saya. 

Ini pendapat Dina ya. Mungkin pendapat kita berlainan. Apa yang buat hubungan Othman dan Che Thom ini retak hanya kerana satu salah faham yang besar. Ini adalah kesilapan yang sering dilakukan oleh ramai pasangan hingga ke hari ini. Common mistake. Dina cukup tidak suka apabila orang hanya menyangka sahaja apa yang ada di dalam hati Dina kerana perselisihan faham mampu terjadi dengan hanya kita mengagak sesuatu perkara. Contoh situasi ini ialah apabila Othman membuat tanggapan sendiri bahawa Che Thom akan lebih bahagia sekiranya Che Thom bersama Cikgu Hassan. Malangnya disudut hati Che Thom, dia masih berharap suami kesayangannya pulang. Komunikasi dan juga memahami perasaan kedua-dua pihak sebenarnya bagus ya. Cuba bayangkan, Othman menulis surat luahan hatinya itu lebih awal? Bukankah ianya akan berakhir dengan Che Thom akan pergi mencarinya dan memberi tahu hal yang sebenar? 


Dina tidak nafikan juga kisah cinta Che Thom dan juga Othman ini sungguh romantik dan tragis. Sepanjang menonton Dina memang berharap Othman akhirnya akan pulang dan hidup bahagia bersama keluarganya. Hidup ini tidak selalunya indah bukan?  

🍿  

3.8 / 5

Terima Kasih x

5 comments

  1. kak ana dah tonton sekali di NF, agak tak berapa menjadi lakonan Puteri Aisyah ni pada kak ana, tapi plot filem sangat menarik :)

    ReplyDelete
  2. nangis juga la masa mula mula tengok haritu haha

    ReplyDelete
  3. Tak pernah tengok lagi cerita ni walaupun dah lama berlalu. Tapi cinematography movie ni sangat menarik.

    ReplyDelete
  4. Belum tgk lagi heheh nnti tgk ! thankyou

    ReplyDelete
  5. Setuju dengan Dina pasal kesilapan yang nyata tu.. Main agak-agak memang boleh meruntuhkan satu hubungan.. Patutnya bersemuka dan tanya.. Tapi filem ini sedih.. hehehe..

    ReplyDelete

Theme by STS