Social Media

Pancake Nutella Oreo With Maple Syrup (?)


Assalamualaikum dan hai semua,
Dina tengah datang bulan dan teringin makanan yang manis. Maka, terhasil lah pankek ini. Buat pankek senang sahaja, awak boleh google resepi pankek dan Dina ada tambah oreo dalam adunan. Untuk hiasan atas pankek, Dina tabur oreo yang dihancurkan, nutella dan juga sirap maple. 

Sejujurnya tidak sedap. Mungkin sebab terlalu manis? Atau kombinasi yang pelik. Dina pun tidak pasti. Tapi bila datang bulan, memang banyak benda pelik Dina teringin. Itu belum ke bahagian emosi lagi. Kadang-kadang benda kecil pun terasa. Kembali kepada pankek, Dina tidak suka rasa pankek ini. Mungkin sebab oreo? Bila dimasak rasa hangit di hujung. Mungkin sirap maple itu sendiri? I don't know

Mesti awak macam, Dina tidak betul agaknya ditambah pula sirap maple. Dina pun tidak tahu apa yang Dina fikir ketika terdetik untuk tuang sirap itu. Dina juga hampir ya, hendak letak mentega sekali. Gerak hati mengatakan jangan. Maka, terhenti niat disitu. Apa yang lagi pelik ialah Dina habiskan walaupun begitu susah untuk ditelan. Kelakar.

Tiba-tiba teringat sahabat Dina pernah cakap Dina ini seorang yang pelik dan Dina menafikannya. Hari ini terbukti Dina adalah seorang yang pelik. I feel bad for my future husband. Konklusinya, jangan cuba. Pelik okay. 

Terima Kasih x

1 comment

  1. memang sedap sangat menu pancake Nutella ni ada oreo lagi waahhh

    ReplyDelete

Theme by STS