Social Media

My Chronic Asthma Journey #1


Assalamualaikum dan hai semua,
Hari ini terasa hendak menulis tentang Asma Kronik yang Dina hidap sejak 2013. Untuk pengetahuan awak, Asma mempunyai empat tahap iaitu mild intermittent asthma, mild persistent asthma, moderate persistent asthma dan severe persistent asthma. Dina ialah pesakit severe persistent asthma atau nama mudahnya Asma Kronik. Dina memang mempunyai genetik dari keluarga yang ada masalah asma dan Dina juga mempunyai penyakit kulit iaitu eczema. Dina kini dirawat oleh doktor pakar paru-paru di sebuah hospital swasta. Doktor ada beritahu, orang yang mempunyai eczema kebiasaannya memang akan ada masalah asma dan juga alergi makanan. 

Dina mula mempunyai tanda-tanda asma pada tahun 2013. Ketika itu, keluarga Dina mula perasan Dina kerap batuk selama sebulan. Kadangkala hingga keluar darah. Papa membuat keputusan untuk membawa Dina berjumpa dengan doktor pakar pertama dan Dina tukar doktor pakar sebanyak tiga kali. Doktor pakar yang pertama ini mensyaki Dina menghidap Tibi. Maka, dia membuat keputusan untuk menahan Dina di hospital selama sebulan bagi membuat ujian Tibi dan juga kuarantin kerana suspek Tibi. Ujian tersebut berakhir dengan negatif. Ujian Tibi sangat menyakitkan dan Dina tidak mahu laluinya lagi. Trust me! You don't want too.

Beberapa bulan selepas itu, batuk kembali. Apa yang membuatkannya lagi parah, Dina pengsan di tengah pasar malam. Pada ketika itu, Dina tiba-tiba rasa gelap dan rebah. Dina terjaga dalam keadaan jururawat sedang merenjis air dan melonggarkan segala pakaian Dina bagi memudahkan untuk bernafas. Papa dan mama membuat keputusan untuk membawa Dina kembali ke hospital dan tukar kepada doktor pakar kedua. 


Dina diminta untuk membuat ujian paru-paru, X-ray, ujian darah dan ujian air kencing. Keputusan berakhir dengan Dina sebenarnya menghidap Asma Kronik. Dina perlu berjumpa dengan doktor setiap bulan dan bergantung pada ubat. Doktor ada beritahu sekiranya Dina tidak mengambil ubat ini, pernafasan Dina boleh terhenti bila-bila masa sahaja. Apa yang lebih menakutkan serangan asma tidak sama seperti serangan jantung. Ini kerana, serangan jantung masih boleh diselamatkan dengan beberapa cara manakala serangan asma hanya mengambil beberapa saat untuk pernafasan terhenti bersama-sama jantung. Doktor Dina sentiasa pesan untuk tidak mengambil mudah tentang hal ini. 

Pada tahun ini, papa Dina membuat keputusan untuk menukar doktor pakar ketiga kerana tiada sebarang peningkatan dalam kesihatan Dina sepanjang dirawat bersama doktor pakar kedua. Apabila tukar doktor, banyak ubat juga yang dikurangkan dan cara dirawat juga berbeza. Alhamdulillah, semakin nampak peningkatan dalam kesihatan Dina. Doktor beritahu Asma Kronik mampu dirawat dan perlu banyak bersabar kerana proses untuk sihat itu memakan masa yang lama. Mengikut pada betapa teruknya bengkak pada saluran paru-paru kita. 

Mulai bulan ini, Dina akan bawa awak bersama-sama Dina dalam perjalanan Asma Kronik Dina sehingga Dina sihat! Mungkin kisah ini mampu memberi semangat kepada sesiapa yang mempunyai penyakit kronik juga? Don't worry, we can do this!

Insyaallah.

Terima Kasih x

2 comments

  1. InshaAllah. Terus usaha berubat.

    ReplyDelete
  2. Semoga dipermudahkan segala urusan Dina dan Semoga kesihatan Dina makin bertambah baik. Aaminn

    ReplyDelete

Theme by STS