Social Media

Move On


Assalamualaikum dan hai semua,
Semalam, di Instagram Dina ada buka kotak persoalan dan salah satu soalan yang Dina dapat ialah Bagaimana Hendak Teruskan Kehidupan Selepas Dikhianati Oleh Cinta. Menarik! Dina membuat keputusan untuk menggunakan persoalan ini sebagai salah satu post blog Dina agar kita semua boleh baca kembali di kemudian hari. 

Move on ini tidak bermakna kita akan melupakan dia. Perkataan move on itu sendiri membawa maksud teruskan. Maka, kita boleh kata ianya lebih kepada meneruskan hidup atau erti kata lain membiasakan diri untuk hidup tanpa si dia. Dina bukanlah seseorang yang pakar dalam bidang ini. Tapi apa yang bakal Dina kongsikan ini adalah apa yang Dina lakukan. Dina harap sedikit sebanyak dapat membantu awak. Maaf jika tidak.

1. Tukar Rutin

    Tidak dapat dinafikan, meneruskan rutin tanpa orang yang kita sayang itu sebenarnya susah dan menyakitkan. Bila bercinta, pasti kita sudah terbiasa memastikan ada sebahagian daripada waktu kita untuk si dia juga. Apa yang Dina buat ialah Dina tukar rutin seharian Dina. Sekiranya dulu, pukul 10 malam Dina akan kosongkan masa untuk tengok Netflix bersama-sama sehingga tertidur. Kini, Dina penuhkan masa dengan menulis blog, solat sunat, mengaji dan membaca sehingga waktu tidur. Yes honey, keep yourself busy. Elakkan diri daripada duduk keseorangan sekiranya tiada apa yang hendak dilakukan. 

2. Cipta Kenangan Baru

    Dina juga pernah menangis terduduk hanya kerana nampak logo Netflix. Menggigil-gigil kerana terasa kesakitan dihempap oleh kenangan. Mesti awak fikir kelakarkan? Tapi ingat, semua orang mempunyai punca kesedihan yang berlainan. Mungkin awak tengok makanan kegemaran dia atau mungkin dengan mendengar lagu kegemaran awak berdua? Bagi Dina ialah Netflix kerana kami sentiasa berkongsi minat dalam filem dan juga drama. Apa yang Dina buat ialah Dina memilih rakan-rakan Dina untuk membuat kenangan baru dengan menonton Netflix. Kami buat Netflix Party dan pilih cerita secara rawak. Ada juga kami buat makan-makan semata-mata untuk menonton Netflix dan banyak lagi.

    Sekiranya rutin awak ialah pergi makan setiap hari Isnin. Awak boleh teruskan. Tapi kali ini pilih rakan baik awak sebagai pengganti dan buat kenangan baru. Pada awalnya akan jadi sedikit janggal di mana kita akan mula rasa tidak sama dengan kehadiran si dia. But, trust me. It's gonna be fine. Ini kerana, awak akan teringat kenangan awak makan dengan kawan-kawan juga. Kurang menyakitkan. Tidak semestinya rakan, mungkin adik-beradik?

3. Penutup dan Kemaafan

    Closure. Bagi Dina, penutup itu penting. Dari situ kita akan cuba untuk maafkan dia dan juga diri kita sendiri. Bila dikhianati atau ditinggalkan, kita akan mula rasa tidak puas hati dengan satu lagi pihak. Kita akan mula mempersoalkan kekurangan diri kita atau meletakkan kesalahan kepada si dia. Apa yang Dina buat ialah Dina akan menulis apa sahaja perasaan Dina ketika itu di atas kertas sehingga tenang. You can cry as much as you want too. Selepas tenang, Dina akan baca balik dan tukarkan kemarahan itu kepada ayat yang lebih baik. Seperti, dari "menyesal aku kenal dengan kau." kepada "Terima kasih sebab bagi aku peluang walaupun seketika. Pelbagai memori dicipta dan banyak yang aku belajar dari kau." Lebih kepada apa yang kita sebenarnya nak cakap. Kita mesti mahukan yang terbaik untuk orang yang kita sayang bukan?

Dina suka hantar ayat yang telah diubah menjadi lebih positif kepada si dia kerana Dina ingin semuanya berakhir dengan baik. Tapi itu pilihan. Awak boleh sahaja tulis atas kertas dan buang. Masuk sahaja kertas itu ke dalam tong sampah, pastikan awak buang sekali kemarahan yang ada di dada. 

4. Doa

    Dina suka satu doa ini. ﻟﻠﻬﻢ ﺍﺻﻠﺢ ﻗﻠﺒﻲ (Allahuma Aslih Qolbi). Membawa makna Ya Allah, pulihkan hati ini. Setiap kali Dina teringat sesuatu kenangan atau terasa sedih. Dina akan baca doa ini. Tapi awak, awak boleh doa apa sahaja yang awak nak. Luahkan sahaja segalanya kerana Allah SWT Maha Mendengar. Letakkan kesedihan awak pada Allah SWT. Insyaallah. Awak akan rasa lebih tenang.
 
    Rindu? Doa juga. Kebiasaannya kalau Dina rindu, Dina akan doa "Ya Allah Yang Maha Penyayang, sampaikanlah rinduku kepada hambamu, *nama penuh* sehingga menjadi kerinduaannya." Insyaallah. Allah SWT akan sampaikan untuk awak dengan hadirkan rasa rindu di dalam hati dia. Awak yakin Allah SWT akan makbulkan doa awak, secara tidak langsung awak akan rasa tenang dan mampu lakukan rutin awak seperti biasa. 

5. Perbaiki Diri Sendiri

    Jangan pernah sesekali terfikir untuk menggunakan orang lain untuk melupakan si dia. Malah, awak boleh fokus pada perbaiki diri sendiri. Pernah ke tidak awak terfikir kenapa begitu malangnya kita dalam sesuatu hubungan? Sebenarnya, berkemungkinan besar diri kita ini toksik kepada orang lain. Ambil sedikit masa untuk kita cerminkan diri sendiri dan berubah menjadi yang lebih baik. Tidak salahkan berubah menjadi yang lebih baik? Untuk kita juga. Be a better person. Kita jadi lebih baik, orang yang datang pun orang sama baik dengan awak. Mungkin esok lusa si dia akan menyesal kerana dia kehilangan diri awak yang lebih baik?

6. Kelilingi Diri Dengan Orang Yang Baik

    Ini penting ya. Tidak semua orang mampu memahami situasi kita. Kita yang perlu memilih manusia sekeliling kita bagi memastikan tiada tekanan dalam proses ini. Jauhkan diri daripada manusia yang paksa awak untuk cepat move on atau suruh awak cari sahaja yang baru. Paling teruk ialah orang yang menggunakan kesedihan awak untuk dapatkan awak. Teknik itu sangat lapuk ya. Pastikan awak mempunyai orang yang sentiasa memberi sokongan kepada awak dan tidak mengambil kesempatan atas kesedihan yang awak lalui. Dina bersyukur kerana sepanjang proses ini, Dina mempunyai rakan-rakan yang sangat baik. Setiap kali Dina rasa nak putus asa, sahabat Dina akan sentiasa memberi semangat. Sekiranya sahabat saya membaca ini, ketahuilah anda semua pembakar semangat saya. Terima kasih, sahabat. Ini ada beberapa kata-kata semangat yang Dina simpan.







Kehadiran seseorang dalam hidup kadangkala hanya untuk menjadikan kita manusia yang lebih baik. Tidakkah awak rasa selepas ditinggalkan, awak akan jadi lebih berhati-hati selepas ini dalam memilih pasangan? Apabila kita lebih berhati-hati, bukankah secara tidak langsung bermakna kita akan dapat orang yang lebih baik? Setiap apa yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmahnya. Trust me

Dina memang blocked orang untuk memastikan kesejahteraan mental. Tapi itu pilihan. Kawal diri awak daripada melihat profil si dia. Please. Don't hurt yourself. 

Memang adakala kita akan teringat kembali. Move on sebenarnya mengambil masa yang lama ya. Mengikut individu itu sendiri. Ada yang memakan masa sehingga bertahun-tahun dan ada yang hanya berbulan-bulan. Tapi awak kena pastikan awak sentiasa maju kehadapan. Jangan jatuh ke dalam lubang kemurungan. Awak boleh menangis sebanyak mana yang awak mahukan. Tapi pastikan awak bangkit semula. Bukankah membuktikan yang kita mampu hidup tanpa si dia adalah salah satu cara paling baik untuk balas dendam? Don't give up, my dear friend. I believe in you.

Terima Kasih x



6 comments

  1. LH pula nak move on, LH tengok semua gambar-gambar dia and stalk social media dia sampai LH rasa bosan. Bila LH bosan LH pun delete tapi dalam masa sama LH teruskan perjalanan kejar cita-cita LH. Sebab tiap kali tengok social media dia, LH jadi nak dapatkan lebih baik dari yang dia ada. Lama-lama LH makin kuat dan berjaya sampai ke tahap ni. Alhamdulillah, apa-apa pun trust the process dan sentiasa ingat perancangan Allah tu adalah yang terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah, lain orang lain cara dia move on. Macam Dina memang Dina tidak suka stalk sebab boleh buat Dina lebih murung. Tapi kita sama, sebab skrg Dina pun tengah kejar cita-cita Dina. Dia pernah bagitahu Dina manusia tidak mampu berubah. Akan Dina buktikan pada dia, Dina mampu berubah dan dia akan lihat apa yang dia hilang

      Delete
  2. Exactly! Move on... forgive * forget.

    ReplyDelete
  3. Susah nak move on tapi kita tetap perlu move on walaupun ianya mengambil masa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Banyak sebenarnya kita boleh belajar dengan hanya proses move on ini

      Delete

Instagram

Theme by BD