Social Media

Maybelline Fit Me! Concealer


Assalamualaikum dan hai semua,
Dina boleh dikatakan peminat tegar Maybelline memandangkan Dina mempunyai banyak produk darinya tidak kira yang ada di Malaysia mahupun di luar negara. Nampak sahaja yang menarik, terus beli. Tidak kisah walaupun kena import sekalipun. Buat sesiapa yang tidak tahu, Maybelline ialah sebuah produk alat solek yang harganya mampu milik atau kita boleh labelkan sebagai harga 'drugstore'

Di antara produk kegemeran Dina ialah Maybelline Fit Me! Concealer. Untuk pengetahuan awak, ini botol Dina yang ketiga. Ini pun sudah separuh digunakan. Apa yang buat Dina begitu suka dengan Fit Me! Concealer  ialah dengan satu sapuan mampu menutup parut. Yes, the coverage of the concealer itself. Dina mempunyai masalah lingkaran gelap di bawah mata. Concealer adalah penyelamat untuk masalah tersebut. 


Dina mempunyai kulit yang cerah, maka Dina ambil nombor 10 warna light. Concealer ini juga sangat mudah untuk di blend dengan foundation. Tidak kira awak pakai foundation jenama apa. Seperti biasa, concealer perlu di 'bake' untuk mengelakkannya daripada cair. Bedak juga memainkan peranan yang sangat penting dalam 'baking'. 

Harga concealer ini tidak terlalu mahal. Dina memang selalu beli di Watson. Kadangkala di Guardian. Harga berdasarkan kedai mana yang awak pergi. Kebiasaannya, dalam RM30 ke bawah. Kalau ada promosi lagi murah, tapi susah nak dapat kerana kehabisan stok. 

👄 / 5

Terima Kasih x



1 comment

  1. Suka pakai fit me jugak. texture dan sesuai dengan kulit. so fit me lah pendek kata.

    ReplyDelete

Theme by STS