
Assalamualaikum dan hai semua,
Awak bersama saya, Dina, dalam sesi review sheet mask! Sheet mask pada hari ini ialah L'arvore Nature Source Cell Mask. Dina suka sheet mask ini, tapi sayang muka Dina naik jerawat selepas menggunakannya. Dina suka cecairnya yang begitu ringan seolah-olah water-based. Masa pakai memang terasa macam tidak menggunakan sebarang sheet mask. Very light.
Apa yang Dina kurang suka tentang sheet mask ini adalah bau. Bau dia sama dengan ubat cecair. Dina tidak pasti sama ada bau itu sama dengan bau antibiotik, ubat demam ataupun ubat cacing. Kalau tidak silap bau dia sama dengan ubat antibiotik. Tapi apa yang Dina pasti, Dina tidak suka bau sheet mask tersebut. Selain daripada itu, Dina kurang gemar bila dia mempunyai terlalu banyak lebihan cecair. Mungkin sebab cecair tu sejenis senang serap ke dalam kulit dan jikalau sheet mask awak kering, awak boleh tuang lebihan cecair tersebut ke atas muka atau sheet mask itu sendiri sebagai tambahan? Dina pun tidak pasti. Apa yang Dina pasti, cecair itu memang cepat serap ke kulit dari kebanyakan sheet mask yang Dina beli.

Awal-awal guna memang Dina sudah ada tanggapan bahawa sheet mask ini bakal menjadi sheet mask kegemaran Dina selain Innisfree dan SasaTinnie Rice Soothing Sheet Mask. Sayangnya, muka Dina naik jerawat keesokan harinya. Dina sendiri tidak pasti sebab bahan yang digunakan ataupun ketika Dina nak menggunakan produk ini dalam keadaan tangan yang tidak bersih. Mungkin Dina kena cuba lagi sekali untuk pastikan. Sekiranya, Dina diberi rezeki untuk mencuba produk ini lagi sekali. Dina akan pastikan awak semua dapat tahu dulu sebelum orang lain.
P.s can I tell you a little secret? Dina tidak tahu kenapa Dina suka sangat komuniti sini. Sangat positif! Terima kasih sebab baca blog peribadi Dina. Love you!
Terima Kasih x
Post a Comment