
Assalamualaikum dan hai semua,
Baru-baru ini, Dina terjumpa satu tweet di Twitter ada memberi cadangan cerita yang patut di tonton di Netflix. Katanya, cerita Kidnapping Stella adalah salah satu filem yang terbaik. Dina pun sudah kehabisan idea nak tengok cerita apa, maka, Dina membuat keputusan untuk menonton cerita ini bersama keluarga.
Filem ini mengisahkan dua orang lelaki yang menculik salah seorang anak orang ternama untuk mendapatkan wang. Tanpa Stella sedar, salah seorang yang merancang penculikan adalah bekas teman lelaki dia. Cerita ini ringkas dan bagi Dina agak perlahan. Pada permulaan nampak menarik dan laju. Sampai di bahagian tengah, Dina mula rasa cerita ini banyak meleret. Sampai tahap kalau awak tidak fokus pun awak sudah faham apa yang sedang berlaku.
Bagi Dina, Dina memang kurang suka dan Dina meletakkan harapan yang sangat tinggi dalam filem ini kerana orang kata ianya filem yang patut di tonton. Agak kecewa. Dina mengharapkan lebih banyak aksi dan kelainan pada plot. Dina tidak cadangkan awak tonton cerita ini. Tapi lain orang lain minatnya bukan?
🍿
1 / 5
Terima Kasih x
Uishh ex-bf pun bersubahat sekali dalam kes culik stella. Menarik ni cerita dia. Netflix xde, cari online je la nampaknya.
ReplyDelete