Social Media

Kenangan Sekolah Agama


Assalamualaikum dan hai semua,
Ketika tengah sibuk mengemas almari buku, Dina terjumpa dua Yasin zaman sekolah agama dulu. Dina sempat menuntut ilmu di sekolah agama selama dua tahun setengah sahaja. Ini kerana, Dina pindah rumah yang jauh dari mana-mana sekolah agama. Dina dimasukkan ke sekolah agama swasta yang agak popular di kawasan perumahan di sana pada tahun 2004 ketika Dina berusia tujuh tahun. Mungkin kerana, ibubapa Dina melihat Dina mempunyai potensi dalam bidang agama. Dina mula belajar mengaji dengan Muqaddam sejak berusia lima tahun. Dina masih ingat ada seorang atuk ini yang mengajar Dina pada setiap malam. Mungkin dari situ, ibubapa Dina mula rasa Dina ini mempunyai potensi dalam bidang agama. Mungkin jadi ustazah? Dina tidak jumpa Muqqadam lama Dina, tapi Dina jumpa rehal pertama Dina masa belajar Muqqadam. 

Dina diberi baju, buku dan juga Yasin khas dari sekolah tersebut. Buku itu dilengkapi dengan surah-surah seperti Surah Ar-Rahman. Kami wajib membawanya setiap hari kerana perlu menghafaz surah-surah yang ada didalamnya termasuk Surah Yasin. Di dalam buku Yasin tersebut juga mengandungi doa-doa pilihan. Juga perlu dihafal. Sebelum mulanya kelas, para pelajar perlu menghafaz mengikut turutan surah dalam kad hafazan yang diberi. Dina tidak pernah ada masalah dalam hafazan, malah ianya waktu kegemaran Dina. Masih teringat ustazah tulis lancar dalam bahasa jawi pada kad hafazan. Not gonna lie, that is my favourite part of the day. Kami juga ada satu tabiat di mana kalau buku Yasin ini koyak, kami akan letak getah di tengah supaya tidak berterabur. Takut kena rotan kalau tidak bawa mahupun hilang. Kami hanya diberi Yasin baru setiap awal tahun sahaja. Agak kreatif apabila di fikirkan kembali. 


Bukan itu sahaja, pada setiap hari Jumaat kami perlu membaca surah Yasin beramai-ramai sebelum guru besar mula memanggil sesiapa yang gagal untuk di rotan. Kami mempunyai ujian pada setiap bulan bagi memastikan prestasi kami sentiasa meningkat. Dina selalu gagal bahasa Arab kerana Dina tidak minat untuk belajar bahasa baru dan Dina masih cuba menguasai bahasa Melayu ketika itu. Memang setiap kali hari Jumaat, Dina akan cuba bagi alasan untuk tidak mahu pergi ke sekolah agama. Risau dirotan. Keputusan Dina sepanjang berada di sekolah agama, memang A sahaja kecuali bahasa arab. Selalu merah. Sebelum Ustazah sebut nama, Dina sudah bangun dulu. Satu gagal bersamaan satu rotan. Itu pun sudah cukup buat tangan bengkak. 

Walaupun Dina sentiasa gagal bahasa Arab, tetapi apa yang anehnya, Dina masih berada di dalam kelas hadapan. Pelik. Apa yang lagi pelik ialah Dina tidak pernah ambil tahu sebelum ini sehingga Dina keluar dari sekolah agama. Selepas Dina berhenti dari sekolah agama, Dina mula mengikuti kelas mengaji di surau sementara di kawasan perumahan baru Dina. Di atas masalah-masalah tertentu, kelas mengaji tersebut terpaksa di tutup dan Dina mula belajar mengaji di sebuah pusat mengaji. Alhamdulillah, Dina sempat khatam dan pusat itu juga ditutup atas asbab tertentu. 

Apabila Dina sudah berusia 13 tahun, papa Dina mula mengambil ustazah peribadi untuk mengajar sehingga 17 tahun. Alhamdulillah, Dina khatam buat kali kedua. Dua kali juga tukar ustazah kerana selepas khatam kali kedua, ustazah terpaksa pulang ke Singapura. Dina juga tidak berakhir menjadi ustazah kerana bidang agama bukan minat Dina. Kali terakhir Dina jumpa ustazah peribadi Dina, dia terkejut Dina tidak sambung dalam bidang agama. Dia selalu ingat Dina akan jadi ustazah juga suatu hari nanti. 

Rindu kenangan manis ini. 

Terima Kasih x

1 comment

  1. Teringat kenangan mengaji zaman kanak-kanak. Seronok setiap hari pergi mengaji dengan kawan-kawan.

    ReplyDelete

Theme by STS