Social Media

KaijuCrunch

Lot B10, Giant, Taman Samudra, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia

Assalamualaikum dan hai semua,
Hari ini Dina cuba Korean corndog baru jenama KaijuCrunch. Dina sudah cuba jenama Chun sebelum ini. Awak boleh baca di post lama Dina kalau nak baca pendapat Dina tentangnya. KaijuCrunch kini dibuka berdekatan rumah Dina. Dina juga tidak mahu melepaskan peluang untuk mencubanya. Nampak menarik. 

Apa yang menarik tentang KaijuCrunch ini adalah tepungnya yang tidak begitu tebal dan keju yang begitu banyak. Dina suka keju! Bila sesuatu makanan itu tidak kedekut dalam meletakkan bahan, Dina automatik akan terus jatuh cinta! Harganya juga berpatutan. Dengan hanya RM8.90, awak sudah boleh rasa Korean Corndog! Murah bukan?


Awak tengok keju itu! Wah, sangat menarik dan sedap! Selepas ini, Dina memang tidak perlu risau kalau teringin Korean Corndog. Depan rumah sahaja. Teringin? Pergi KaijuCrunch. Sedap dan murah. Memang berbaloi. Dina memang sarankan untuk awak cuba. KaijuCrunch juga mempunyai pelbagai menu yang unik seperti Korean Corndog versi Nasi Lemak. Dina tidak pasti sekiranya kena atau tidak pada tekak. Mungkin Dina kena cuba satu hari nanti. 

Terima Kasih x

3 comments

  1. Sedapnya. Dahlah penggemar cheese. Tapi itulah, belum pernah makan lagi sebarang jenis corndog. huhu

    ReplyDelete

Theme by STS